Kesepaduan Sosial Dan Kejiranan Di Kawasan Rukun Tetangga

Authors

  • Mohd Syariefudin Abdullah Fakulti Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohd Mahadee Ismail Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
  • Mansor Mohd Noor Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.503

Keywords:

Kesepaduan sosial, kejiranan, rukun tetangga

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang konsep kesepaduan sosial, kejiranan dan rukun tetangga dan selanjutnya mengupas peranan penting kawasan kejiranan Rukun Tetangga sebagai lokasi yang dapat mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Realiti masyarakat di Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai etnik terutama di kawasan bandar. Pembentukan komuniti di kawasan bandar adalah berkait rapat dengan pemodenan. Pemodenan telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pembentukan masyarakat dan komuniti. Walau bagaimanapun, dalam mendepani pembentukan dan pembinaan komuniti melalui perubahan yang berlaku dari segi sosial dan ekonomi terutamanya dengan perkembangan teknologi dan penemuan internet, ia mewujudkan pelbagai bentuk komuniti dalam komuniti itu sendiri. Kajian yang mendalam seharusnya dilakukan untuk melihat impak bentuk-bentuk komuniti kepada kesepaduan sosial. Keadaan ini jelas, iaitu bentuk-bentuk komuniti yang pelbagai telah mempengaruhi kesepaduan sosial dalam masyarakat.

Downloads

Published

2016-12-27

How to Cite

Abdullah, M. S., Ismail, M. M., & Mohd Noor, M. (2016). Kesepaduan Sosial Dan Kejiranan Di Kawasan Rukun Tetangga. Jurnal Kinabalu, 19. https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.503
Total Views: 23298 | Total Downloads: 19624

Most read articles by the same author(s)