Penilaian Faktor-faktor Kesenjangan Etnik Di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan Nasional

Authors

  • Aszlan Selamat Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
  • Mohamad Iszuan Safarudin Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.504

Keywords:

Kesenjangan etnik, masyarakat majmuk, konsep nasion Malaysia

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang sejarah pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia dan isu kesenjangan etnik dari segi politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan diasaskan kepada ketidakupayaan gerakan kemerdekaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai bangsa Malaysia yang diidamkan di sebalik kejayaan mengambil alih kuasa dan menyingkirkan penjajah. Kupasan menjurus kepada kepelbagaian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara unik yang harus dibanggakan. Namun, kepelbagaian ini juga menyebabkan timbulnya pendapat bahawa ia adalah masalah yang menjadi penghalang kepada perpaduan dan pembentukan nasion Malaysia. Pembinaan nasion Malaysia atau bangsa Malaysia memerlukan masa yang agak panjang dengan persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang positif mendorong kepada proses pembinaan bangsa tersebut. Kepelbagaian ini harus dilihat sebagai sesuatu yang melambangkan identiti kita sebagai sebuah rakyat Malaysia dan bukannya sebagai masalah. Ia haruslah diakui dan dihormati bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia, iaitu setiap anggota masyarakat merasakan bahawa negara ini adalah untuk semua. Dengan wujudnya perasaan sedemikian, tidak mustahil nasion Malaysia akan dibentuk dengan jayanya suatu hari nanti berasaskan usaha yang berterusan.

Downloads

Published

2016-12-27

How to Cite

Selamat, A., & Safarudin, M. I. (2016). Penilaian Faktor-faktor Kesenjangan Etnik Di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan Nasional. Jurnal Kinabalu, 19. https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.504
Total Views: 16298 | Total Downloads: 53838