Sabah Dalam Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia

Authors

  • Aszlan Selamat Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.508

Keywords:

Sabah, Persekutuan Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu

Abstract

Membentuk sebuah negara merupakan suatu perkara yang amat sukar kerana memerlukan banyak pengorbanan dari segi tenaga, wang ringgit dan juga masa. Banyak perkara telah dilakukan seperti membuat perundingan dan mengadakan sesi dialog bagi menjelaskan sesuatu cadangan. Bagi negeri Sabah pula, pengorbanan untuk menimbangkan cadangan pembentukan Malaysia merupakan suatu perkara baik yang dapat membantu dalam perkembangan dan pembangunan negeri Sabah. Makalah ini membincangkan tentang cadangan-cadangan awal pembentukan Persekutuan Malaysia serta faktor-faktor penubuhan Persekutuan Malaysia. Penglibatan Sabah dalam pembentukan Persekutuan Malaysia dikupas dengan penjelasan tentang peranan beberapa badan yang terlibat secara langsung dalam pembentukan Persekutuan Malaysia seperti Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). Makalah ini juga membincangkan tentang reaksi penduduk Sabah terhadap rancangan pembentukan Persekutuan Malaysia serta cabaran Sabah dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

Downloads

Published

2016-12-27

How to Cite

Selamat, A. (2016). Sabah Dalam Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia. Jurnal Kinabalu, 19. https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.508
Total Views: 7937 | Total Downloads: 12052