REKA CORAK DAN SIMBOLISME MOTIF PINAKOL DALAM PAKAIAN MASYARAKAT RUNGUS DI SABAH
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1047Keywords:
Reka corak, motif, pinakol, pemikiran, simbolisme dan masyarakat Rungus.Abstract
Manik merupakan salah satu bahan dalam seni kraf awal yang dicipta seiring dengan kemunculan tamadun manusia. Masyarakat Rungus di Sabah amat terkenal dengan penggunaan seni manik dalam pakaian, ritual dan adat istiadat yang diturunkan sejak zaman berzaman. Manik diperbuat daripada pelbagai material yang mengandungi berbagai-bagai bentuk dan warna. Pada umumnya, manik dicipta sebagai barang perhiasan tubuh dan kemudiannya berkembang menjadi bahan bekalan di kubur, keagamaan, mata wang, hantaran kahwin, azimat, ritual, simbol kemewahan dan sebagai hadiah harta pusaka. Sejarah menunjukkan bahawa bahan manik menjadi material terpenting dalam perdagangan di Asia Tenggara dan sering ditemui di tapak-tapak arkeologi. Perkembangan ini sinonim dengan penemuan bahan manik dalam kalangan masyarakat Rungus, iaitu pengguna tegar bahan manik di kawasan Borneo. Kearifan pemikiran masyarakat Rungus digambarkan dalam pelbagai imej reka corak yang dihasilkan. Setiap corak dan motif manik memaparkan simbolisme yang menggambarkan pemikiran serta pandangan hidup mereka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kerja lapangan bagi mengumpul data dan menganalisis reka corak dan motif manik. Hasil kajian menunjukkan bahawa motif seni manik diilhamkan berlandaskan simbol-simbol tumbuhan, haiwan dan alam. Keunikan identiti dan pemikiran masyarakat Rungus melalui seni manik harus didokumentasi sebagai satu warisan etnik yang kaya dengan maksud yang tersirat.Downloads
Published
2017-12-19
How to Cite
Mahfar, S. F. binti, & Jusilin, H. (2017). REKA CORAK DAN SIMBOLISME MOTIF PINAKOL DALAM PAKAIAN MASYARAKAT RUNGUS DI SABAH. Jurnal Gendang Alam (GA), 7. https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1047
Issue
Section
Article
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.