WATAK DEWI KUMANG DALAM ENTELAH (TEKA-TEKI) IBAN: INTERPRETASI MAKNA KUASA SAKTI

Authors

  • Patricia a/k Ganing
  • Asmiaty Amat

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1048

Keywords:

Entelah, Dewi Kumang, Teori Semiotik Charles Sanders Pierce, simbol kuasa sakti, mimpi

Abstract

Masyarakat Iban merupakan antara etnik di Sarawak yang sangat kaya dengan kesusasteraan lisannya. Antara sastera lisan yang sangat terkenal dalam kalangan mereka ialah entelah atau teka-teki. Entelah merupakan satu bentuk sastera lisan yang kaya dengan simbol-simbol dalam kandungan penyataannya. Simbol-simbol inilah antara aspek yang telah membentuk nilai keindahan dalam entelah. Antara simbol yang kerap digunakan dalam entelah ialah watak Dewi Kumang. Dewi Kumang merupakan simbol kuasa sakti dalam kepercayaan masyarakat Iban. Dengan menjabarkan Teori Semiotik Charles Sander Peirce (1965), pengarang telah merungkai interpretasi makna kuasa sakti yang dimiliki oleh Dewi Kumang. Kuasa sakti yang disampaikan menerusi mimpi dipercayai memberikan petanda tertentu kepada masyarakat Iban. Petanda tersebut secara tidak langsung turut mempengaruhi kehidupan masyarakat Iban, termasuklah dalam budaya ngayau (head- hunting) dan perkahwinan.

Published

2017-12-19

How to Cite

Ganing, P. a/k, & Amat, A. (2017). WATAK DEWI KUMANG DALAM ENTELAH (TEKA-TEKI) IBAN: INTERPRETASI MAKNA KUASA SAKTI. Jurnal Gendang Alam (GA), 7. https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1048
Total Views: 936 | Total Downloads: 4658