PERSEMBAHAN TARIAN PANANGSANG DALAM RITUAL PENYEMBUHAN MASYARAKAT BAJAU LAUT
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1051Keywords:
Persembahan, tarian Panangsang, alam ghaib, ritual penyembuhan, Bajau Laut.Abstract
Masyarakat Bajau Laut di daerah Semporna mempunyai pelbagai jenis upacara ritual termasuk ritual penyembuhan yang menjadi pegangan turun-temurun kehidupan bermasyarakat mereka. Keharmonian dan keseimbangan terhadap alam ghaib menjelaskan hubungan kukuh masyarakat ini terhadap kuasa magis dan unsur semangat roh yang mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa bagi menghasilkan falsafah budaya masyarakat yang bersifat tabu. Sehubungan itu, makalah ini mengkaji elemen persembahan tarian yang menjadi penghubung antara dunia realiti dan dunia ghaib dengan menumpukan struktur persembahan pada peringkat menurun yang dikenali sebagai persembahan Panangsang dalam pelaksanaan ritual yang dilakukan. Hal ini berkaitan dengan strukur persembahan yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa, meliputi alam fizikal dan alam ghaib serta kedudukan manusia dalam ruang menurun tersebut. Penelitian ini menggunakan kaedah kualitatif yang memiliki perincian interpretasi. Pengumpulan data adalah berdasarkan observasi dalam kajian lapangan dan temu bual untuk mendapatkan maklumat secara terperinci yang telah dijalankan dalam kalangan masyarakat Bajau Laut yang menetap di Kampung Gelam-Gelam, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah. Hasil analisis menunjukkan keseimbangan dan keharmonian masyarakat ini terhadap alam nyata dan alam ghaib adalah sangat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka.Downloads
Published
2017-12-19
How to Cite
Pisali, Y. A. @ A., Zainal, S., Jusilin, H., & Lauk, M. (2017). PERSEMBAHAN TARIAN PANANGSANG DALAM RITUAL PENYEMBUHAN MASYARAKAT BAJAU LAUT. Jurnal Gendang Alam (GA), 7. https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1051
Issue
Section
Article
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.