SUBTEKS DAN KEJAYAAN NARATIF FILEM: ANALISIS FILEM THE JOURNEY (2014)

Authors

  • Auni Ismail
  • Zairul Anuar Md. Dawam
  • Chee Cheang Sim

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1053

Keywords:

Filem, subteks, The Journey, impak subteks.

Abstract

Filem The Journey (2014) oleh Chiu Keng Guan telah memperoleh kutipan box-office sebanyak RM17.17 juta (Hasan Mutalib, 2014). Filem tersebut juga telah diiktiraf sebagai salah sebuah filem Malaysia bergenre drama yang berjaya mendapat sambutan baik di pawagam. Sejak itu, pelbagai pendapat telah dikemukakan bagi melihat faktor-faktor kejayaan filem Malaysia berbahasa Mandarin tersebut. Daripada aspek teknikal kepada plot dan auteurship, pelbagai aspek filem tersebut telah dikaji untuk meneliti kelebihan dan kejayaan filem ini. Artikel ini pula akan menganalisis aspek subteks atau “intranarrative†dan yang lebih terkini “metanarrativeâ€. Subteks terma yang akan digunakan sebagai rujukan dalam artikel ini merupakan maklumat yang berkait, tetapi tidak dinyatakan dengan jelas seperti metafora yang membawa makna yang lebih mendalam tetapi tidak nyata. Ia merupakan penerokaan hal-hal tersirat yang boleh hadir melalui tema, dialog, ekspresi, suasana, konflik, tingkah laku dan simbol. Penggunaan subteks dalam filem boleh menentukan kejayaan sesebuah filem kerana ia mampu menjadi daya penarik dan meninggalkan impak kepada audiens. Walaupun filem The Journey ini mempunyai elemen teknikal seperti sinematografi yang baik, kajian ini mendapati elemen subteks dalam naratifnya merupakan aspek penting dalam meningkatkan minat audiens untuk menonton. Analisis akan membincangkan impak subteks dalam penceritaan seperti perwatakan, dialog dan tema dalam filem tersebut; seterusnya menarik minat dan respons positif daripada audiens

Published

2017-12-19

How to Cite

Ismail, A., Md. Dawam, Z. A., & Sim, C. C. (2017). SUBTEKS DAN KEJAYAAN NARATIF FILEM: ANALISIS FILEM THE JOURNEY (2014). Jurnal Gendang Alam (GA), 7. https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1053
Total Views: 1270 | Total Downloads: 12107