PEMBUDAYAAN REKA BENTUK BUSANA TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN TINDAL DI SABAH

Authors

  • Salbiah Kindoyop
  • Humin Jusilin
  • Noria ak Tugang

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1054

Keywords:

Pembudayaan, busana, Dusun Tindal, warisan

Abstract

Budaya menggambarkan cara hidup yang dimiliki dan diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Pakaian tradisional merupakan salah satu warisan tamadun dan peradaban yang diturunkan sejak zaman berzaman. Warisan budaya reka bentuk dan aksesori dalam busana masyarakat Dusun Tindal memaparkan hubungan kosmologi, bahan daripada alam semula jadi dengan pemikiran mereka. Amalan pembudayaan busana tradisi semasa perayaan dan upacara adat menggambarkan masyarakat Dusun Tindal yang masih berpegang kepada budaya yang diwarisi. Masyarakat Dusun Tindal mendominasi daerah Kota Belud sebagai penempatan utamanya. Kajian ini memfokuskan kepada pembudayaan dan reka bentuk busana tradisional penduduk Dusun Tindal yang tinggal di kawasan id Nuluhon (berbukit), iaitu perkampungan yang berhampiran dengan lereng Gunung Kinabalu. Kajian ini menjurus kepada busana tradisional Dusun Tindal yang dipanggil sinuranga (pakaian lelaki) dan rinagan (pakaian wanita). Kajian ini ditulis melalui kaedah kerja lapangan dengan mengumpul maklumat dan menganalisis data tentang struktur reka bentuk busana yang dikaitkan dengan citra pembudayaan masyarakat Dusun Tindal.

Published

2017-12-19

How to Cite

Kindoyop, S., Jusilin, H., & Tugang, N. ak. (2017). PEMBUDAYAAN REKA BENTUK BUSANA TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN TINDAL DI SABAH. Jurnal Gendang Alam (GA), 7. https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1054
Total Views: 2359 | Total Downloads: 10633