GERAK TARI DALAM PERUBATAN TRADISI BARASIK MASYARAKAT BISAYA DI BEAUFORT, SABAH

Authors

  • Musnin Misdih

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1055

Keywords:

Barasik, babalian, mantera, mitogom, sangkuban.

Abstract

Barasik ialah satu istilah bagi menjelaskan tatacara pemujaan semangat ke atas pesakit untuk menghalau gangguan makhluk halus dengan cara mempersembahkan hidangan kepada entiti berkenaan. Di Beaufort, Sabah, babalian menggunakan gerak tari sebagai cara pemujaan bagi menghalau makhluk halus yang mengganggu pesakit. Masyarakat Bisaya tradisional percaya bahawa sebarang musibah atau penyakit seperti hilang ingatan, lemah semangat, lemah seluruh badan dan demam berpunca daripada gangguan roh orang mati atau makhluk halus yang menjadi penunggu sesuatu kawasan yang dipanggil mitogom, iaitu tempat bersemayamnya makhluk halus. Justeru, barasik adalah pengubatan cara tradisi yang dipraktikkan pada satu ketika dahulu dengan menggunakan khidmat bomoh yang dikenali sebagai babalian. Babalian akan mansayau sambil membaca jampi. Gerak tari babalian ini disebut oleh masyarakat Bisaya sebagai sayau babalian. Artikel ini akan menjelaskan kaedah perubatan melalui gerak tari barasik dan resitasi mantera yang digunakan.

Published

2017-12-19

How to Cite

Misdih, M. (2017). GERAK TARI DALAM PERUBATAN TRADISI BARASIK MASYARAKAT BISAYA DI BEAUFORT, SABAH. Jurnal Gendang Alam (GA), 7. https://doi.org/10.51200/ga.v7i.1055
Total Views: 1347 | Total Downloads: 2244