Sumbangan Penulis Wanita dalam Sejarah Penulisan Kreatif di Sabah
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v5i.15Abstract
Negeri Sabah telah melahirkan ramai penulis berbakat termasuk penulis wanita. Kehadiran dan sumbangan penulis wanita dalam penulisan kreatif memberi impak tersendiri, bukan sahaja kepada sejarah penulisan kreatif di negeri Sabah malah nama penulis wanita yang dilahirkan di negeri tersebut seiring dengan kemampuan penulis di peringkat kebangsaan. Antara beberapa nama yang menjadi penulis yang dapat disetandingkan, bahkan memberi sumbangan besar dalam sejarah kesusasteraan Malaysia merupakan penulis wanita Sabah. Nama Azmah Nordin dan Ruhaini Matdarin sebagai contoh tidak asing lagi. Mereka sering menjuarai pertandingan atau hadiah sastera yang dianjurkan oleh badan kerajaan dan swasta. Kepelbagaian tema serta kelebihan penulis wanita Sabah yang hidup dalam persekitaran multietnik memberikan ruang yang besar kepada mereka untuk menonjolkan kemampuan berkarya. Artikel ini akan memberi tumpuan kepada sejarah dan sumbangan penulis wanita dalam penulisan kreatif.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.