CIRI ESTETIKA DALAM REKA BENTUK DAN MOTIF PAKAIAN TRADISIONAL GOLONGAN PEREMPUAN ETNIK RUNGUS DI KUDAT

SHAPE AND MOTIF IN THE TRADITIONAL FEMALE RUNGUS COSTUME OF KUDAT

Authors

  • Yoon Pui Ling
  • Humin Jusilin

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v8i.1569

Keywords:

Pakaian tradisional perempuan, etnik Rungus, reka bentuk, motif, elemen estetika, Rungus, badu’-masap, banat-tap’, motifs, designs

Abstract

ABSTRAK
Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik. Pakaian tradisional etnik golongan lelaki Rungus dikenali sebagai badu’- masap yang dipakai dalam upacara ritual, manakala pakaian mogah dipakai oleh penari lelaki. Pakaian tradisional golongan perempuan pula terdiri daripada pakaian banat-tapi’ yang dipakai dalam upacara ritual bersama-sama dengan pakaian sukolob. Kajian ini ditumpukan pada pakaian badu’-masap dan banat-tapi’. Tumpuan analisis adalah terhadap elemen estetika dari segi reka bentuk dan motif yang dipaparkan. Data-data penyelidikan ini diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual. Analisis kajian adalah berdasarkan pendekatan estetika yang diperkenalkan oleh Beardsley (1975) dan Vitruvius (1960). Pendekatan estetika ini merumuskan elemen harmoni, kesatuan dan imbangan sebagai indikator yang penting. Kajian ini mendapati elemen estetika dalam pakaian tradisional masyarakat Rungus dapat dikategorikan berdasarkan reka bentuk motif organik dan geometri. Seterusnya, elemen estetika didominasi oleh unsur flora, fauna, alam sekeliling dan kosmos. Reka bentuk dan motif pakaian tradisional etnik ini dapat dikaitkan dengan aktiviti kehidupan mereka.

ABSTRACT

Sabah traditional ethnic costumes are unique in design and motif as it reflects their cultural values. Rungus men’s traditional ethnic clothing is known as the ‘badu’-masap’ used in ritual ceremonies while the â€˜mogah’ costume is worn by male dancers. The traditional costumes of the women folk are called ‘banat-tapi’ usually worn in ritual ceremonies with the ‘sukolob’. This study focuses on the ‘badu’-masap’ and ‘banat-tapi’ costumes especially on the aesthetic elements in terms of the design and motifs on the material used to make these costumes. These research data were obtained through field studies using observation, interview and audiovisual recording methods. The analysis of the study was based on the aesthetic approach introduced by Beardsley (1975) and Vitruvius (1960). This aesthetic approach summarizes the elements of harmony, unity and balance as an important indicator. This study found that the aesthetic elements in traditional clothes of the Rungus community can be categorized based on the design of organic and geometric motifs. Furthermore, the aesthetic elements are influenced by elements of flora, fauna, the environment and the cosmos. It is also observed that the designs and motifs of traditional costumes are related to their daily activities.

Author Biographies

Yoon Pui Ling

Fakulti Kemanusiaan Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah

Humin Jusilin

Fakulti Kemanusiaan Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah

Published

2018-12-20

How to Cite

Pui Ling, Y., & Jusilin, H. (2018). CIRI ESTETIKA DALAM REKA BENTUK DAN MOTIF PAKAIAN TRADISIONAL GOLONGAN PEREMPUAN ETNIK RUNGUS DI KUDAT: SHAPE AND MOTIF IN THE TRADITIONAL FEMALE RUNGUS COSTUME OF KUDAT. Jurnal Gendang Alam (GA), 8, 69. https://doi.org/10.51200/ga.v8i.1569
Total Views: 1924 | Total Downloads: 4905