APLIKASI SERBUK TANAH LIAT DAN ABU KAYU SEBAGAI PENGHASILAN GERLIS KE ATAS PERMUKAAN SERAMIK

APPLICATION OF CLAY AND WOOD ASH IN GLAZE PRODUCTION FOR CERAMIC SURFACE

Authors

  • Farah Nabila Nordin
  • Humin Jusilin
  • Oscar Gordon Wong

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v8i.1571

Keywords:

Tanah liat, abu, formula line blend, seramik, gerlis, Clay, ash, line blend formula, ceramic, glaze

Abstract

ABSTRAK

Abu gerlis tidak pernah diaplikasikan di Sabah sebagai gerlis komersial. Pengusaha seramik tempatan khususnya di Kota Belud dan Semporna belum menemui kaedah memprosesnya kerana mereka tidak terdedah dengan pengetahuan menggunakan formula menghasilkan gerlis. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, mendokumentasikan dan menganalisis bahan alam yang dapat menghasilkan gerlis. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah kualitatif dan menjalankan aktiviti uji kaji bengkel di studio seramik, Universiti Malaysia Sabah. Formula yang digunakan adalah formulasi line blend oleh Michael Cerv (2016). Formula line blend adalah pendekatan yang mengaplikasikan gabungan satu atau dua bahan semula jadi untuk mendapatkan kesan satin dan matt. Sebanyak enam sampel kajian dijalankan di studio dengan memperkenalkan teknik gabungan tanah kaolin dan abu kayu yang berbeza nisbahnya. Hasil kajian mendapati keenam-enam sampel menunjukkan kesan yang berbeza dari segi permukaan dan warna gerlis. Kajian ini adalah satu indikator yang mudah digunakan untuk menghasilkan gerlis. Secara tidak langsung, kaedah ini memberi sumbangan kepada pengusaha seramik di Kota Belud dan Semporna dalam menghasilkan kraf seramik yang lebih berkualiti. 

ABSTRACT

Ash glaze is not used in Sabah as a commercial glaze. Local ceramics, especially in Kota Belud and Semporna, do not know in processing and lack knowledge in the use of the formula needed in producing glaze. The purpose of this study is to identify, documentation and analyze natural materials that can produce a glaze. The method used by the researcher is a qualitative method and conducting workshop experimental activities at ceramic workshops, University Malaysia Sabah. The formula used in this research is a line blend formula by Michael Cerv (2016). This line blend formula is a combination of one and two materials to get a satin and matt effect. The researcher produced six samples using one technique in this study. The researcher found that through this study, the six samples showed shiny and flat surface. This study can provide an easy way especially the ceramic entrepreneurs in Kota Belud and Semporna to produce more quality ceramic crafts.

Author Biographies

Farah Nabila Nordin

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah

Humin Jusilin

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah
 

Oscar Gordon Wong

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah
 

Published

2018-12-20

How to Cite

Nordin, F. N., Jusilin, H., & Wong, O. G. (2018). APLIKASI SERBUK TANAH LIAT DAN ABU KAYU SEBAGAI PENGHASILAN GERLIS KE ATAS PERMUKAAN SERAMIK: APPLICATION OF CLAY AND WOOD ASH IN GLAZE PRODUCTION FOR CERAMIC SURFACE. Jurnal Gendang Alam (GA), 8, 101. https://doi.org/10.51200/ga.v8i.1571
Total Views: 325 | Total Downloads: 350