ELEMEN REALISME MAGIS YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN (THE IRREDUCIBLE ELEMENT) DALAM KUMPULAN CERPEN LARON (2010) OLEH JASNI MATLANI

THE ‘IRREDUCIBLE ELEMENT’ (IE) IN JASNI MATLANI’S MAGIC REALISM AS PORTRAYED IN HIS SHORT STORIES LARON

  • Roziah Adama
  • Asmiaty Amat

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri realisme magis yang terdapat dalam kumpulan cerpen Laron karya Jasni Matlani (2010) yang menghimpunkan 30 buah cerpen Jasni Matlani. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya meneliti lima buah cerpen dalam kumpulan cerpen
Laron, iaitu Di Bawah Pohon Angsana, Dua Helai Daun, Kisah di Sebuah Taman dan Perempuan Berbau Harum. Penelitian ciri irreducible element dalam gaya penulisan realisme magis mengikut aliran Wendy B. Faris, iaitu elemen yang tidak dapat dijelaskan menjadi tumpuan analisis kelima-lima cerpen tersebut. Mengikut Wendy B.Faris, Irreducible Element (Ordinary Enchantments Magical Realism and Remystifiction of Narratives) merujuk kepada sesuatu perkara yang tidak dapat dijelaskan mengikut hukum alam berdasarkan logik, pengetahuan biasa atau kepercayaan yang ada. Oleh itu, analisis terpaksa berfokus pada dua unsur utama iaitu objek magis yang merangkumi bunyi, benda dan tempat serta pemerian watak-watak dalam karya dengan melihat bagaimana watak-watak magis dibangunkan dalam ruang realiti. Hasil kajian membuktikan bahawa gaya penulisan Jasni Matlani memenuhi konsep elemen yang tidak dapat dijelaskan (the irreducible element) dan sesuai dikategorikan sebagai karya realisme magis.

Kata kunci: Realisme magis, Jasni Matlani, Laron, objek magis, watak.

ABSTRACT
The purpose of this research is to analyze the characteristics of magic realism contained in Jastni Matlani’s short stories Laron (2010). In the
works of magic realism, there widely exists unreasonable magical and strange elements, which are generally recognized as ‘Irreducible Elements’. Though the collection includes 30 short stories in total, this research will only focus on examining five stories, to be specific, that is short stories Laron, Di Bawah Pohon Angsana, Dua Helai Daun, Kisah di Sebuah Taman and Perempuan Berbau Harum. This study is focused on the ‘Irreducible Elements’ of magic realism as highlighted by Wendy B. Faris in Ordinary Enchantments Magical Realism and Remystifiction of Narratives. ‘Irreducible Element’ refers to the unexplainable things in terms of the natural law of logic, common knowledge or beliefs that exist. Hence, to analyze the selected stories that contain unexplained elements, this research will concentrate on two major elements. Firstly, the magical objects that include sounds, objects and places and secondly, the description of the characters in the work by looking at how magic characters are developed in the realm of reality. Ultimately, the findings of this research proves that Jasni Matlani’s short stories correspond to the concept of irreducible elements therefore can be categorized as works of magic realism.

Keywords: Magic realism, Jasni Matlani, Laron, magical objects, character.

Author Biographies

Roziah Adama

University of Beijing Foreign Studies

Asmiaty Amat

Universiti Malaysia Sabah

Published
2018-12-20
How to Cite
Adama, R., & Amat, A. (2018). ELEMEN REALISME MAGIS YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN (THE IRREDUCIBLE ELEMENT) DALAM KUMPULAN CERPEN LARON (2010) OLEH JASNI MATLANI. Jurnal Gendang Alam (GA), 113. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/1572
Section
Articles