Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran

Authors

  • Humin Jusilin
  • Salbiah Kindoyop

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v5i.16

Abstract

Sabah kaya dengan budayanya yang unik, termasuk fesyen pakaian yang amat rencam sifatnya. Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai ciri-ciri yang amat menarik untuk diselidik kerana mencerminkan identiti budaya sesebuah etnik. Ia merupakan warisan peninggalan nenek moyang yang diturunkan sejak zaman berzaman. Dalam kajian ini, pakaian tradisional masyarakat Suang Lotud di daerah Tuaran, Sabah akan menjadi subjek kajian. Suang Lotud mempunyai tiga jenis pakaian tradisional iaitu pakaian yang digunakan oleh tantagas (ketua ritual), pakaian penari sumayau untuk tarian persembahan dan pakaian perkahwinan. Kajian ini tertumpu pada reka bentuk dan hiasan linangkit yang mendominasi hiasan gonob dan kuluwu dalam pakaian tradisional Lotud. Linangkit (sulaman) merupakan nama panggilan kepada motif geometri yang dihasilkan berasaskan teknik sulaman. Artikel ini ditulis melalui kaedah kerja lapangan dengan mengumpul dan mendokumentasi seberapa banyak rekaan linangkit tersebut dan mengkategorikan reka bentuk dan hiasan linangkit mengikut penghayatan estetika.

Author Biographies

Humin Jusilin

Humin Jusilin ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Bidang kepakaran beliau ialah Seni Etnik dan Seni Visual.

Salbiah Kindoyop

Salbiah binti Kandayop sedang mengikuti ijazah penyelidikan Sarjana bertajuk “Unsur Estetik dalam Reka Bentuk dan Motif daripada Perkahwinan Tradisional Masyarakat Lotud di Sabah.â€Kini, beliau merupakan tutor di Program Seni Visual di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Downloads

Published

2016-01-22

How to Cite

Jusilin, H., & Kindoyop, S. (2016). Reka bentuk dan hiasan linangkit pada pakaian tradisional Dusun Lotud di Tuaran. Jurnal Gendang Alam (GA), 5. https://doi.org/10.51200/ga.v5i.16
Total Views: 4491 | Total Downloads: 27606