KEARIFAN DAN KONSEP REKAAN KRAF ANYAMAN WARISAN DUSUN TINDAL DI SABAH
THE WISDOM AND CONCEPT OF THE DUSUN TINDAL WOVEN CRAFT HERITAGE IN SABAH
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v9i.2138Keywords:
Kraf anyaman, etnik Dusun Tindal, konsep rekaan, kearifan, Woven craft, Dusun Tindal ethnic, creative concept, wisdomAbstract
Anyaman ialah hasil seni kraf tangan yang memaparkan bahan alam semula jadi yang mewujudkan bahan utiliti melalui kearifan ciptaan manusia. Kraf anyaman etnik Dusun Tindal, iaitu fokus penulisan artikel ini mempunyai kesenian dan nilai keindahan tersendiri melalui rekaan motif dan corak yang dihasilkan. Setiap motif dan corak telah diolah selaras dengan fungsinya, iaitu sebagai bahan utiliti dalam aktiviti seharian mereka. Kajian yang berasaskan kerja lapangan ini mengumpul dan menganalisis reka bentuk motif anyaman yang dikaitkan dengan signifikan warisan kearifan masyarakat etnik Dusun Tindal di daerah Kota Belud, Sabah. Hasil analisis mendapati kraf anyaman etnik Dusun Tindal mempunyai perkaitan rapat dengan pemikiran tukang krafnya dan mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan etnik Dusun Tindal di Kota Belud. Reka bentuk dan motif anyaman tradisional dapat mencerminkan identiti budaya yang menonjolkan kesenian etnik Dusun Tindal yang diturunkan sejak zaman berzaman. Reka bentuk dan motif anyaman turut menjadi identiti warisan kearifan yang berkonsepkan geometri dan berimbangan simetri. Hasil penyelidikan ini memaparkan keistimewaan rekaan kraf anyaman tradisi etnik Dusun Tindal berdasarkan konsep kearifan dan rekaannya.
Woven craft refers to hand-crafted art from natural materials that have been created to reflect nature for utility from the creative wisdom of the people. The woven craft of the Tindal Dusun is the focus of this article as these craft(s) possess their art and beauty especially the motif designs and patterns produced. Each motif and pattern has been created in harmony with its function in their daily activities. This study, which is based on fieldwork, collects and analyzes designs of woven motifs that are significantly associated with the wisdom of the Tindal Dusun ethnic in Kota Belud, Sabah. The analysis found that the woven motifs and patterns are strongly linked with the thoughts of the craftsmen and the influences from their lifestyle in Kota Belud. The traditional designs and motifs of the woven craft also reflect the cultural identities that highlight the ethnic arts of the Tindal Dusun that were passed down from generation to generation. The patterns and motifs reflect the inherited wisdom conceptualized through geometry and symmetrical balance. The results of this research highlight the distinctive Tindal Dusun identity conceptualized in their woven craft concerning creative wisdom concept.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.