SATU PENELITIAN STRUKTURALIS TERHADAP SASTERA INDIE TERPILIH
A STRUCTURAL RESEARCH OF INDIE LITERATURE THROUGH SELECTED NOVELS
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.vi.2208Keywords:
Sastera, sastera Indie, novel, struktural, gaya penulisanAbstract
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji struktur sastera indie menerusi novel yang dihasilkan pada tahun 2015 sehingga hari ini. Kajian ini meneliti novel Nazi Goreng (2015) karya Marco Ferrarese, Perempuan Politikus Melayu (2016) karya Faisal Tehrani dan Budiman (2017) karya Regina Ibrahim. Novel-novel ini dipilih sebagai contoh penerbitan ‘karya indie’ yang merujuk kepada karya-karya yang diterbitkan oleh penerbit swasta, tidak seperti hasil karya sastera Melayu arus perdana yang diterbitkan oleh pendukung sastera Malaysia iaitu Dewan Bahasa Pustaka (DBP). Menurut Rafidah Eksan (2016), sastera indie merupakan karya yang ditulis oleh pengarang baharu dan masih muda dalam penerbitan. Mereka menjadikan ruang ini sebagai alternatif untuk menyiarkan karya mereka yang santai dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan dalam undang-undang penerbitan kerana proses penerbitan sastera indie tidak dikawal ketat oleh mana-mana pihak. Penelitian tentang sastera indie dilihat menerusi gaya penulisan yang bersifat memberontak dan agresif, luar dari kebiasaan sastera arus perdana yang terikat dengan etika penulisan dan penerbitan. Menurut Muhammad Rashidi dan Siti Nur Hidayah (2016), sastera indie lebih bersifat sarkastik, protes, menentang, maki hamun dan tidak mempunyai ciri-ciri penulisan yang tertentu. Begitu juga menurut Md Salleh Yaapar yang mengatakan karya ‘indie’ boleh merosakkan bahasa Melayu dan jati diri bangsa Melayu, (Astro Awani: 2016). Justeru, kajian ini akan berfokus kepada analisis plot, watak dan perwatakan dan gaya penulisan dalam tiga buah novel sastera indie yang akan dikupas secara struktural.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.