TEKNIK PENYUNTINGAN DAN KESANNYA TERHADAP EMOSI AUDIENS DALAM FILEM AKSI TERPILIH MALAYSIA

TECHNICAL EDITING AND THEIR EFFECTING TOWARDS AUDIENCE EMOTION IN SELECTED ACTION FILM MALAYSIA

Authors

  • Rosli Sareya Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Zairul Anuar Md Dawam Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Borhan Abdullah Fakulti Ekonomi & Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Sharip Zainal bin Sagkif Shek Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Muhamed Syafiq bin Salleh syafiq Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v10i.2520

Keywords:

teknik penyuntingan, adegan aksi, bahasa filem, filem aksi, filem Malaysia, Editing technique, action scene, film language, action film, Malaysian film

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada adegan-adegan aksi jalanan bermotor dengan membuat penelitian terhadap kesesuaian teknik-teknik suntingan filem aksi jalanan terpilih. Analisis dilakukan dengan membincangkan secara terperinci adegan aksi jalanan yang wujud dalam filem tersebut. Kajian ini mengambil dua buah filem aksi jalanan, iaitu KL Menjerit (2002) dan Evolusi KL Drift 2 (2010) sebagai kajian kes. Data diperoleh menerusi penontonan berterusan terhadap filem-filem aksi terpilih dengan melihat secara stop motion, iaitu meneliti frame by frame syot dalam setiap adegan aksi jalanan tersebut. Maklumat berkenaan teknik penyuntingan filem juga diperoleh menerusi temu ramah dengan pengarah dan penyunting filem-filem aksi jalanan tersebut. Selain itu, maklumat lain juga diperoleh daripada jurnal, buku, internet, bahan penerbitan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), majalah, akhbar dan kertas kerja daripada penyelidik-penyelidik terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua buah filem aksi tersebut disunting menggunakan teknik penyuntingan yang mampu melahirkan kesan dramatik. Namun, teknik penyuntingan parallel tidak digunakan oleh kedua-dua penyunting filem tersebut. Pengkaji turut mendapati bahawa elemen seperti cemas, teruja, kejutan, debaran dan bersemangat harus ada dalam membentuk sesebuah adegan aksi jalanan bagi menghasilkan kesan dramatik yang lebih berkualiti dan realistik. Menerusi kajian ini nanti, diharap para penyunting filem aksi jalanan khususnya dapat memahami dan seterusnya mengetahui penggunaan teknik-teknik penyuntingan mengikut kesesuaian pada sesebuah adegan aksi jalanan.

 

This study focuses on film action scenes by exploring the suitability of the editing techniques of street action scenes through the analysis of selected street action movies. Two street action movies are used as case studies: KL Menjerit (2002) and Evolution
KL Drift 2 (2010). The data were obtained through close viewing of the selected action films by looking into stop motion which entailed examining the frame by frame syots in all the street action scenes. In addition, information about film editing techniques was also obtained through interviews with the street action film directors and editors. Other information was also obtained from journals, books, internet, and publications of the National Film Development Corporation Malaysia (FINAS), magazines, newspapers, and treatises by researchers and scholars. This study shows that these two films do not use a parallel editing. Although, it is showing that elements such as anxieties, excitements, surprises and suspense need to be in the street action scenes to produce a more realistic effect. Through this study, action film editors, especially in street action scenes, can understand and know the proper application of these editing techniques in such scenes.

Published

2020-07-30

How to Cite

Sareya, R. ., Md Dawam, Z. A. ., Abdullah, B., Sagkif Shek, S. Z. bin, & Salleh syafiq, M. S. bin . (2020). TEKNIK PENYUNTINGAN DAN KESANNYA TERHADAP EMOSI AUDIENS DALAM FILEM AKSI TERPILIH MALAYSIA: TECHNICAL EDITING AND THEIR EFFECTING TOWARDS AUDIENCE EMOTION IN SELECTED ACTION FILM MALAYSIA. Jurnal Gendang Alam (GA), 10. https://doi.org/10.51200/ga.v10i.2520
Total Views: 1405 | Total Downloads: 2263