PENGGUNAAN BUTOH-FU (NOTASI BUTOH) DALAM PENGKARYAAN KOREOGRAFI: KAJIAN KES PRODUKSI REMINISCENCE, THE WORLD OF THE STRANGE TALES (2013)
THE USE OF BUTOH-FU (BUTOH NOTATION) IN CHOREOGRAPHY: A CASE STUDY OF REMINISCENCE, THE WORLD OF THE STRANGE TALES (2013)
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v11i1.2677Keywords:
Notasi tari, koreografi, butoh, Butoh-Fu, Dance notation, choreographyAbstract
Butoh-Fu (Notasi Butoh) telah diciptakan oleh pengasas butoh, Hijikata Tatsumi (1928-1986) dan disusun oleh pelajarnya, Yukio Waguri (1952-2017) secara retrospektif. Butoh-Fu digunakan sebagai satu kaedah koreografi. Kaedah tersebut telah diperkenalkan kepada penari tempatan oleh Yukio Waguri sejak akhir tahun 2000-an. Artikel ini menerangkan perkembangan seni butoh khususnya di Semenanjung Malaysia dan menjelaskan peranan Butoh-Fu dalam pengkaryaan, melalui kajian kes produksi Reminiscence, The World of the Strange Tales (2013), di mana penulis terlibat sebagai penari. Data yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian ikut serta, temu bual kumpulan dan refleksi kendiri telah diwacanakan untuk mengisi kekosongan mengenai perkembangan butoh dalam penyelidikan seni tari tempatan. Artikel ini turut mencadangkan bahawa memiliki satu sistem notasi yang dicipta dan diguna khas oleh komuniti pengamalan sendiri adalah berkesan dalam mempercepatkan pengenalan sesuatu genre tari, serta relevan dalam perakuan autoriti professionalisme.
Butoh-Fu (Butoh Notation) was created by the founder of butoh, Hijikata Tatsumi (1928-1986) and compiled by his student, Yukio Waguri (1952-2017) retrospectively. Butoh-Fu is used as a choreographic method. The method has been introduced to the local dancers by guru Yukio Waguri (1952-2017) since the late 2000’s. This article describes the development of butoh especially in peninsular Malaysia, and explains the role of Butoh-Fu in dance creation and performance, through stage production Reminiscence, The World of the Strange Tales (2013) as a case study, which I was involved as a dancer. Data obtained through the methods of
participant observation, group interviews and self-reflection were made as a discourse to
fill in the absence of butoh’s development in local dance research. This article also suggests
that a notation system that was created and used by its community of practitioners, is
indeed effectively speed up the circulation of the dance genre and relevant to enhance
its authority of professionalism.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.