PENDEKATAN “IMAGINASI” DALAM THE SYSTEM STANISLAVSKI MEMBINA DAYA KREATIVITI MURID: KES KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH DI KEDAH

“IMAGINATION” APPROACH FORMULATION IN THE SYSTEM BY STANISLAVSKI BUILDS STUDENTS’ CREATIVITY: CASE AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS IN KEDAH

Authors

  • Mohd Amir Mohd Zahari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Rohizani Yaakub Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Azrul Azizi Amirul Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia
  • Norazimah Zakaria Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Anida Sarudin  Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v11i1.2757

Keywords:

Imaginasi , Teknik Stanislavski , The System , lakonan , pemikiran kreatif, Imagination , Stanislavski Techniques, acting , creative thinking

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji salah satu sistem teknik The System, iaitu imaginasi yang telah diperkenalkan oleh Stanislavski. Teknik imaginasi yang diaplikasikan adalah bertujuan untuk membina watak perwatakan semasa proses yang dijalankan oleh seseorang pelakon. Proses imaginasi oleh pelakon merupakan satu usaha dalam memberi gambaran secara jujur melalui lakonannya. Sehubungan dengan itu, pendekatan imaginasi ini sekaligus dapat menerapkan daya kreativiti murid di sekolah. Menerusi kajian ini, kaedah temu bual dan penulisan jurnal murid digunakan untuk mengumpul maklumat berkenaan sejauh mana praktis sesi lakonan dengan menggunakan pendekatan The System mampu memupuk daya kreativiti murid yang terlibat. Seramai 20 murid dan seorang guru terlibat sebagai peserta kajian. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah menengah harian di daerah Kuala Nerang, Kedah. Hasil kajian menunjukkan pendekatan imaginasi dalam proses latihan telah membentuk tiga tema utama, iaitu 3E iaitu exploration, elobrate dan evaluate. Bermakna, murid menjalani proses dengan melalui proses eksplorasi terhadap watak, menghuraikan watak perwatakan dan menilai tahap watak yang dibawa. Aktiviti improvisasi bukan suatu hal yang dirancang sebaliknya penambahbaikan biasanya muncul akibat daripada suatu kesalahan ataupun kemunculan peristiwa yang tidak terancang. Improvisasi dapat melahirkan daya pemikiran kritis dan kreatif murid serta dapat mewujudkan proses pembelajaran secara aktif dalam kalangan murid sekolah menengah.

 

This study aims to examine one of technical system namely, The System which is imagination that has been introduced by Stanislavski. The imaginative technique applied is intended to build character during the process carried out by an actor. The process of imagination by the actor is an effort in giving an honest picture through his acting. In this regard, the imaginative approach can also apply creativity of students in school. Through this study, the method of interviewing students and student’s writing journal is used to gather information on the extent to which the practice of acting sessions by using the approach The System strives to cultivate the creativity of the students involved. A total of 20 students and 1 teacher were involved as study participants. The study was conducted in a daily secondary school in the district of Kuala Nerang, Kedah. The results show that the imaginary approach in the training process has formed three main themes namely 3E namely exploration, elobrate and evaluate. Meaning, students go through the process of exploring the character, describing the character and characterizing the level of the successful character. Improvisation activities are not something that is planned. Improvements usually arise as a result of an error or the occurrence of an unplanned event. Improvisation can produce students’ critical and creative thinking as well as can create an active learning process among secondary school students

Author Biographies

Norazimah Zakaria, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris



Anida Sarudin , Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris



Published

2021-06-30

How to Cite

Mohd Amir Mohd Zahari, Rohizani Yaakub, Azrul Azizi Amirul, Norazimah Zakaria, & Anida Sarudin . (2021). PENDEKATAN “IMAGINASI” DALAM THE SYSTEM STANISLAVSKI MEMBINA DAYA KREATIVITI MURID: KES KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH DI KEDAH: “IMAGINATION” APPROACH FORMULATION IN THE SYSTEM BY STANISLAVSKI BUILDS STUDENTS’ CREATIVITY: CASE AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS IN KEDAH. Jurnal Gendang Alam (GA), 11(1). https://doi.org/10.51200/ga.v11i1.2757
Total Views: 731 | Total Downloads: 992