PERANAN DALANG DALAM REKABENTUK PENTAS PERSEMBAHAN WAYANG KULIT KELANTAN

THE ROLE OF TOK DALANG IN THE STAGE DESIGN OF WAYANG KULIT KELANTAN

Authors

  • Azrul Azizi Amirrul Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v10i2.2826

Keywords:

wayang kulit Kelantan, reka bentuk pentas, teater tradisional, dalang, inovasi, stage design, traditional theatre, innovation

Abstract

Kajian ini akan meninjau peranan dalang wayang kulit Kelantan dalam reka bentuk pentas persembahan. Dalang wayang kulit atau tok dalang merupakan seseorang yang mengemudi persembahan wayang kulit. Beliau memainkan peranan sebagai penulis cerita, pengarah lakonan, pemain watak, pengarah pentas dan sebagainya. Reka bentuk pentas yang sesuai akan membantu dalam keseluruhan persembahan wayang kulit. Wayang kulit Kelantan mengalami perubahan besar yang selari dengan arus pembangunan moden. Perubahan yang dilihat adalah melibatkan reka bentuk pentas panggung dan kesannya kepada persembahan wayang kulit. Kekangan tempat dan ruang dilihat mempengaruhi persembahan dan penonton. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peranan dalang dalam reka bentuk panggung wayang kulit Kelantan dan kesesuaian dengan era kini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pemerhatian penyelidik dan temu bual dengan beberapa orang dalang wayang kulit Kelantan. Berdasarkan data yang didapati daripada kajian, analisis akan dilakukan dalam menentukan perubahan yang sesuai dan peranan dalang dalam merapatkan jurang perubahan dalam masyarakat. Hasil kajian telah mendapati perubahan ketara yang wujud dalam reka bentuk persembahan wayang kulit Kelantan adalah aspek ruang persembahan akibat daripada penyesuaian peranan dan sikap dengan tuntutan undang-undang, kehendak penganjur, ruang dan keperluan penonton. Perubahan sikap dan amalan dalang pada masa kini adalah satu langkah pemurnian yang amat bijaksana dan rasional bagi memastikan kelangsungan seni wayang kulit Kelantan.

This study will look into the stage design of wayang kulit Kelantan and the dalang’s role on this matter. Tok dalang or the puppeteer plays many roles in wayang kulit Kelantan such as writer, acting director,character actor, stage director and many more. As an important figure that drives the show, tok dalang also can help with the improvement and innovation of wayang kulit Kelantan. Wayang kulit Kelantan has undergone major changes in line with the current
development and the innovation of stage design is one of them. Space constraints are seen to affect the performance and the the audience. The objective of this study is to study the role of tok dalang in the design aspect of the show that befitting the current era. This study will use qualitative methods which involve observation and interviews with several dalangs in Kelantan. Based on the data obtained,the analysis will be done to determine the stage design that can bridge the gap between the old and the new. From the result, the significant changes in the design came from the legal requirements, the demand from
the organiser, and the audiences’ space. Changes in attitudes and practices of the dalang especially in innovation can benefit the continuity of the wayang kulit Kelantan.

Published

2020-12-30

How to Cite

Amirrul, A. A. . (2020). PERANAN DALANG DALAM REKABENTUK PENTAS PERSEMBAHAN WAYANG KULIT KELANTAN: THE ROLE OF TOK DALANG IN THE STAGE DESIGN OF WAYANG KULIT KELANTAN. Jurnal Gendang Alam (GA), 10(2). https://doi.org/10.51200/ga.v10i2.2826
Total Views: 1754 | Total Downloads: 2201