IMEJ BUDAYA DAN KERJASAMA DALAM KARYA SENI CETAKAN MAPHILINDO

CULTURE AND COOPERATION IMAGES IN MAPHILINDO ARTWORK

Authors

  • Mohd Azdy Shahrin Nizzam Amarisner Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
  • Humin Jusilin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v10i2.2827

Keywords:

imejan, ikon, budaya, kesatuan, sosial, image, icon, culture, unity, social

Abstract

Artikel ini menyingkap karya seni yang dihasilkan oleh kumpulan Pangrok Sulap bertajuk Maphilindo. Pangrok Sulap merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang pengkarya yang amat prolifik menghasilkan karya cetakan teknik woodcut. Kajian khusus tentang karya seni cetakan yang bertajuk Maphilindo dipilih kerana memaparkan isu budaya dan sosial. Karya ini menggambarkan harapan tentang kesatuan budaya yang terkandung dalam gagasan kesatuan Maphilindo, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Ketiga-tiga buah negara yang terlibat dalam penubuhan gagasan Maphilindo memberi kesan kepada budaya dan kehidupan sosial masyarakat tempatan. Pengkarya menggunakan seni cetakan untuk memberi gambaran dan pendedahan tentang kesedaran orang awam tentang isu ini. Penulis menggunakan Teori Ikonografi oleh Erwin Panofsky (1972) dalam menghurai setiap elemen seni visual yang diketengahkan oleh pengkarya dalam karya cetakan. Data-data yang terdiri daripada elemen formal dianalisis melalui tiga tahap analisis iaitu primer, praikonografi dan makna ikonografi. Kajian ini mendapati bahawa karya ini memaparkan elemen kesatuan yang selaras dengan budaya dan sosial antara negara Malaysia, Filipina dan Indonesia.

 

This article reveals the artwork produced by the Pangrok Sulap group titled Maphilindo. Pangrok Sulap is a group consisting of several very prolific works producing woodcut prints. This special study of printed artwork titled Maphilindo was chosen because it presents cultural and social issues. This work also illustrates the hope of cultural unity contained in the idea of Maphilindo unity, namely the countries of Malaysia, the Philippines and Indonesia. The three countries involved in the establishment of Maphilindo ideas have an impact on the culture and social life of local communities. The artist uses printed art to give an idea and exposure to the public’s awareness of the issue. The author used Erwin Panofsky’s Theory of Iconography (1972) to decipher visual art elements centered by the works in print. Data consisting of formal elements is analyzed through three stages of analysis e.g. primary, preiconography and iconography meaning. The study found that this work presents elements of unity that align with culture and social between Malaysia, the Philippines and Indonesia.

Author Biography

Mohd Azdy Shahrin Nizzam Amarisner, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah



Published

2020-12-31

How to Cite

Mohd Azdy Shahrin Nizzam Amarisner, & Jusilin, H. . (2020). IMEJ BUDAYA DAN KERJASAMA DALAM KARYA SENI CETAKAN MAPHILINDO: CULTURE AND COOPERATION IMAGES IN MAPHILINDO ARTWORK. Jurnal Gendang Alam (GA), 10(2). https://doi.org/10.51200/ga.v10i2.2827
Total Views: 687 | Total Downloads: 717