Paguta:’ Keunikan Tenunan Masyarakat Iranun Kota Belud
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v4i.292Keywords:
Iranun, paguta, keunikan, pantang larang, petuaAbstract
Iranun merupakan masyarakat di Sabah yang menghasilkan kraf tenunan dengan cara tersendiri. Masyarakat tersebut menggunakan alat kek sandang belakang yang dikenali sebagai paguta.’ Kajian ini menyingkap keunikan alat tenunan tradisional masyarakat Iranun dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Temu bual turut dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang alatan tenunan tersebut. Tinjauan dilakukan untuk melihat sendiri proses penghasilan tenunan yang menggunakan paguta.’ Kajian mendapati bahawa peralatan tenunan tradisional tersebut diambil daripada sumber alam seperti buluh dan kayu nibung. Selain itu, keunikan alatan tenunan paguta’ ini terletak pada bunyi yang dihasilkan, termasuklah pantang larang dan petua-petua yang menjadi amalan penenun.
Downloads
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.