Reka Bentuk Pasandalan Dan Pamanaie Sebagai Lambang Adat Perkahwinan Masyarakat Iranun

Authors

  • Humin Jusilin

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v4i.293

Keywords:

Pasandalan, pamanaie, penghayatan, reka bentuk dan warna

Abstract

Pasandalan dan pamanaie dalam bahasa Iranun bermaksud bendera besar dan bendera kecil. Bendera ini dipacak di persekitaran rumah pengantin lelaki dan wanita yang akan melangsungkan perkahwinan. Objek budaya ini direka cipta mengikut peraturan adat perkahwinan. Namun, kesilapan tafsiran tentang adat ini akan mengundang celaan dan denda dalam bentuk pikulan. Mengikut amalan tradisi, aplikasi warna dan reka corak pada objek budaya ini mesti diterjemahkan mengikut status kaum. Paparan reka corak yang berunsurkan alam flora diterjemahkan sebagai kecantikan wanita, manakala unsur fauna melambangkan kepahlawanan lelaki. Artikel ini mendapati bahawa pasandalan dan pamanaie direka dengan penuh simbolik, sekali gus menterjemahkan pelbagai unsur kehidupan serta menyingkap nilai-nilai yang tersirat dan tersirat melalui ikon warna dan reka corak yang diilhamkan oleh masyarakat Iranun.

Downloads

How to Cite

Jusilin, H. (2016). Reka Bentuk Pasandalan Dan Pamanaie Sebagai Lambang Adat Perkahwinan Masyarakat Iranun. Jurnal Gendang Alam (GA), 4. https://doi.org/10.51200/ga.v4i.293
Total Views: 375 | Total Downloads: 372