LANSARAN ETNIK MURUT TAHOL: PERMAINAN ATAU TARIAN TRADISIONAL?

MURUT TAHOL ETHNIC LANSARAN: TRADITIONAL GAME OR DANCE?

Authors

  • Toh Min Min Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Low Kok On Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v11i1.3283

Keywords:

Etnik Murut Tahol, lansaran, permainan tradisional, tarian ritual, tarian olahan, Tahol Murut, traditional game, ritual dance, adapted dance

Abstract

Lansaran ialah salah satu persembahan tradisional etnik Murut Tahol yang tinggal di pedalaman Sabah. Kajian ini bertujuan menyelesaikan permasalahan sama ada lansaran ialah sejenis permainan ataupun tarian. Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menjalankan kerja lapangan di daerah Kota Kinabalu, Tenom dan Nabawan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah temu bual, pemerhatian dan kajian perpustakaan. Analisis yang dilakukan terhadap data kajian adalah berasaskan interpretasi dan perbandingan antara ciri-ciri permainan tradisional dan ciri-ciri tarian. Kajian ini telah menyelesaikan permasalahan dalam kalangan pengkaji tarian, yang tidak pasti sama ada lansaran ialah sejenis permainan ataupun tarian. Hasil analisis mendapati etnik Murut Tahol mempunyai tiga jenis lansaran, iaitu pada asalnya lansaran ialah sejenis permainan kanak-kanak. Pada zaman mengayau pula, lansaran ialah sejenis tarian ritual. Akhir sekali, lansaran jenis olahan didapati adalah sejenis tarian sekular.

Lansaran is one of the traditional performances of the Tahol Murut reside in the interior of Sabah. The aim of this research is to address the research problem related to whether is lansaran a type of traditional game or dance. Field trips have been conducted in the districts of Kota Kinabalu, Tenom and Nabawan to collect data. The methods employed in collecting data are interviews, observations and library research. Interpretation and comparison between the characteristic of traditional games and dance have been used in analyzing the research data. More importantly, this research has addressed the research question on whether lansaran is a type of traditional game or dance. The analysis found that there are three types of lansaran of the Tahol Murut. Originally, lansaran was a type of children game. In the era of head-hunting, it was a ritual dance. Finally, the newly adapted lansaran is a type of secular dance.

Author Biographies

Toh Min Min, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.



Low Kok On, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.




Published

2021-06-30

How to Cite

Toh Min Min, & Low Kok On. (2021). LANSARAN ETNIK MURUT TAHOL: PERMAINAN ATAU TARIAN TRADISIONAL? MURUT TAHOL ETHNIC LANSARAN: TRADITIONAL GAME OR DANCE?. Jurnal Gendang Alam (GA), 11(1). https://doi.org/10.51200/ga.v11i1.3283
Total Views: 2062 | Total Downloads: 2180