SENIMAN VISUAL MALAYSIA: KEPUASAN KERJA, KOMITMEN DAN PRODUKTIVITI DALAM PROSES PENGHASILAN KARYA

MALAYSIAN VISUAL ARTISTS: JOB SATISFICATION COMMITMENT AND PRODUCTIVITY DURING THE PRODUCTION PROCESS

Authors

  • Syed Alwi Syed Abu Bakar Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.
  • Mohd Fawazie Arshad Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.
  • Azian Tahir Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.
  • Aznan Omar Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.
  • Noor Enfendi Desa Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v11i2.3574

Keywords:

kepuasan kerja, komitmen, seni visual, produktiviti, job satisfaction, commitment , visual arts , productivity

Abstract

Menghasilkan karya seni adalah aktiviti utama seniman visual yang melibatkan budaya kerja seniman visual. Komitmen dan kepuasan kerja merupakan dua perkara yang mempengaruhi produktiviti seniman visual. Untuk meningkatkan produktiviti, seniman visual harus mempunyai perancangan yang baik dalam pengurusan sumber dan manusia. Walau bagaimanapun, adalah rumit bagi seniman visual kerana mereka tidak mengeluarkan hasil secara pukal, sebaliknya menghasilkan karya mengikut keperluan. Permasalahan utama kepada seniman visual adalah dari aspek pengurusan kerana mempengaruhi komitmen, kepuasan kerja dan produktiviti seniman visual. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti komitmen dan kepuasan kerja seniman visual serta melihat hubungannya dengan produktiviti. Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan temu bual, pemerhatian dan mengkaji dokuman-dokumen sedia ada. Dapatan menunjukkan seniman visual mempunyai komitmen dan kepuasan kerja yang tinggi namun kurang dari segi pengurusan yang mengakibatkan tahap produktiviti mereka manjadi kurang memuaskan. Justeru, seniman visual harus berani untuk berubah dan mengharungi cabaran yang lebih besar dengan menjadikan bidang seni visual ini sebagai satu industri yang mempunyai sistem pengurusan yang lebih efektif.

 

Visual artists' principal activity is to create artwork, which is important to their work culture. Commitment and job satisfaction are two characteristics that influence the output of visual artists. Visual artists should have a well-planned strategy for resource and human resource management in order to maximise production. However, more difficult for visual artists, as they do not generate work in mass, preferring to work on individual projects. Management is the key concern for visual artists, as it affects their commitment, job satisfaction, and productivity. As such, the goal of this study is to evaluate the dedication and job satisfaction of visual artists, as well as their relationship to production. Interviewing, observation, and a review of existing materials are used as research methodologies in this study. The findings indicate that visual artists exhibit a high degree of commitment and job satisfaction but a poor level of management, resulting in a decline in their level of production. Thus, visual artists must be willing to evolve and confront greater difficult issues by establishing a more effective management structure for the visual arts field.

Published

2021-12-15

How to Cite

Syed Alwi Syed Abu Bakar, Mohd Fawazie Arshad, Azian Tahir, Aznan Omar, & Noor Enfendi Desa. (2021). SENIMAN VISUAL MALAYSIA: KEPUASAN KERJA, KOMITMEN DAN PRODUKTIVITI DALAM PROSES PENGHASILAN KARYA: MALAYSIAN VISUAL ARTISTS: JOB SATISFICATION COMMITMENT AND PRODUCTIVITY DURING THE PRODUCTION PROCESS. Jurnal Gendang Alam (GA), 11(2), 33–48. https://doi.org/10.51200/ga.v11i2.3574
Total Views: 341 | Total Downloads: 386