KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN KE ATAS KURSUS TERPILIH BAGI KOMPONEN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

EFFECTIVENESS OF ONLINE LEARNING, METHODS ON SELETED COURSES FOR ART AND CULTURE COMPONENT, CENTER FOR CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Victor B. Pangayan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Jurry Foo @ Jurry F. Michael Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Colonius Atang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v11i2.3644

Keywords:

Pembelajaran dalam talian, Komponen Kebudayaan dan Kesenian, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, cabaran pembelajaran, pandemik COVID-19, Online learning, Art and Culture component, Center for Co-Curriculum and Student Development, learning challenges, COVID-19 pandemic

Abstract

Susulan penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan termasuk Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat penyelarasan kurikulum mereka. Pendidikan secara dalam talian adalah kaedah utama penyampaian kurikulum bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan dalam Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hinggalah ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selepas lapan minggu pembelajaran dalam talian diadakan, tinjauan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran khususnya komponen Kesenian dan Kebudayaan ini telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengalaman baharu pelajar dengan pembelajaran dalam talian dan daya maju pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar. Matlamat kajian ini dapat dicapai dengan meneliti respons daripada 226 pelajar terhadap soal selidik berasaskan kaedah tinjauan. Maklum balas pelajar dalam bentuk skala Likert dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berpuas hati dengan pembelajaran dalam talian yang berterusan kerana mereka menikmati akses berterusan ke atas bahan dalam talian, fleksibiliti untuk belajar mengikut keupayaan mereka sendiri, suasana yang selesa dan keupayaan untuk bercakap dengan bebas. Namun, masalah teknikal dan isu peralatan merupakan halangan yang ketara ke atas pembelajaran bidang Kesenian dan Kebudayaan dalam talian semasa pandemik COVID-19. Pembelajaran dalam talian adalah diterima baik oleh pelajar yang mendaftar dalam komponen Kebudayaan dan Kesenian. Namun, penyepaduan pembelajaran dalam talian terhadap kurikulum bidang Kesenian dan Kebudayaan memerlukan strategi yang
lebih baik dan pendekatan yang lebih proaktif.

 

Following the COVID-19 outbreak, educational institutions, particularly the Center for Co-curriculum and Student Development (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), have made adjustments to their curriculum. Online education is the primary means
of delivering the Art and Culture components curriculums in this Movement Control Command Phase (MCO). After eight weeks of online learning, a survey of students’ perceptions of this method of instruction in the Art and Culture components was conducted. The purpose of this study was to evaluate students’ new experiences with online learning and the viability of online learning approaches for the Art and Culture component, Center for Co-curriculum and Student Development. This objective was accomplished by examining the responses of 226 students to a survey-based questionnaire. Student feedback in the form of a Likert scale was analysed using descriptive statistical methods. The study’s findings indicate that the majority of students are content with continued online learning because they enjoy continuous access to online materials, the flexibility to learn at their
own speed, a comfortable setting, and the capacity to speak freely. However, technical difficulties and equipment issues are significant impediments to and consequences of online Art and Culture learning during COVID-19. Online education is well-received by students enrolled in the Art and Culture component, co-curricular activities, and the Student Development Center. Yet, integrating online learning successfully into the curriculum demands improved strategies and a more proactive approach.

Author Biographies

Victor B. Pangayan, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah



Jurry Foo @ Jurry F. Michael, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah



Colonius Atang, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah




Published

2021-12-15

How to Cite

Victor B. Pangayan, Jurry Foo @ Jurry F. Michael, & Colonius Atang. (2021). KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN KE ATAS KURSUS TERPILIH BAGI KOMPONEN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH: EFFECTIVENESS OF ONLINE LEARNING, METHODS ON SELETED COURSES FOR ART AND CULTURE COMPONENT, CENTER FOR CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Jurnal Gendang Alam (GA), 11(2), 219–280. https://doi.org/10.51200/ga.v11i2.3644
Total Views: 716 | Total Downloads: 2608