PENGGUNAAN MEDIUM COTTON BUD SEBAGAI TEKNIK TITIK UNTUK MENINGKATKAN KAEDAH MEWARNA DAUN POKOK DALAM KALANGAN KANAK-KANAK TAHUN 4

THE USAGE OF COTTON BUDS AS A MEDIUM IN POINTILLISM TECHNIQUE TO IMPROVE METHOD OF COLORING TREE LEAVES AMONG YEAR 4 CHILDREN

Authors

  • Yek Rong Ing
  • Humin Jusilin
  • Zaimie Sahibil

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v12i2.3822

Keywords:

Cotton bud, teknik titik, catan , kaedah, pembelajaran, pointillism technique, painting, method, learning

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 4 Seroja dalam meningkatkan kaedah mewarna daun pokok dalam teknik titik dengan menggunakan putik kapas. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 25 orang murid dari kelas Tahun 4 Seroja di Sekolah Kebangsaan Senadin, Miri, Sarawak. Data-data dikumpul melalui pemerhatian, ujian pra dan pos serta soal selidik. Hasil analisis menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penghasilan catan daun pokok selepas guru seni menggunakan teknik titik dengan mengaplikasikan penggunaan cotton bud dalam pengajaran dan pembelajaran. Data soal selidik menunjukkan responden setuju bahawa penggunaan putik kapas dapat meningkatkan kaedah mewarna daun pokok mereka dengan pencapaian purata hanya 25 peratus. Namun selepas penggunaaan putik kapas, data meningkat kepada 94 peratus. Perbezaan sebelum dan selepas tindakan adalah sebanyak 69 peratus. Di samping itu, analisis dokumen terhadap ujian pra dan pos juga menunjukkan bahawa penggunaan cotton bud dapat meningkatkan kaedah mewarna daun pokok murid-murid Tahun 4 Seroja. Murid yang menunjukkan peningkatan terhadap kaedah mewarna daun pokok sebelum tindakan berada di kategori sangat lemah, lemah dan sederhana. Namun selepas tindakan, hasil karya murid mencapai keputusan yang cemerlang. Oleh itu, penggunaan cotton bud melalui teknik titik telah berjaya meningkatkan minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran. Malah, mereka juga berasa seronok dan ceria sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa penggunaan cotton bud dalam teknik titik adalah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan kualiti hasil kerja catan daun pokok murid Tahun 4 Seroja semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

 

This action research was undertaken to assist students in 4 Seroja in improving the method of coloring tree leaves in point technique with the use of a cotton bud. The target group of this study consisted of 25 students from the class of 4 Seroja in Sekolah Kebangsaan Senadin, Miri, Sarawak. Data collected through observation, pre and post tests, analysis of documents and questionnaires. The analysis showed a significant increase in painting technique using a cotton bud after teachers use pointelisme techniques in teaching and learning. Results of the questionnaire indicate that the respondents agree that the use of cotton buds can increase the method of coloring tree leaves them only 25%. However after the action, it increased to 94%. The difference before and after the action was 69%. In addition, analysis of documents on pre and post tests also showed that the use of cotton buds can improve the method of coloring tree leaves pupils in Year 4. Students who show an improvement in the method of coloring tree leaves before action is in the category of very poor and poor. However, after the action, the quality of the work of students achieved outstanding results. Therefore, use a cotton bud through a point technique has been successfully increased their interest in teaching and learning. In fact, they also feel good and happy during teaching and learning. The results indicated that the use of a cotton bud as a technic is an effective technique for improving the quality of the artwork of painting leaves of Year 4 students during the process of teaching and learning.

Author Biographies

Yek Rong Ing

Akademi Seni dan Teknologi Kreatif,

Universiti Malaysia Sabah,

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Humin Jusilin

Akademi Seni dan Teknologi Kreatif,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah

Zaimie Sahibil

Akademi Seni dan Teknologi Kreatif,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah

Published

2022-12-31

How to Cite

Yek Rong Ing, Humin Jusilin, & Zaimie Sahibil. (2022). PENGGUNAAN MEDIUM COTTON BUD SEBAGAI TEKNIK TITIK UNTUK MENINGKATKAN KAEDAH MEWARNA DAUN POKOK DALAM KALANGAN KANAK-KANAK TAHUN 4: THE USAGE OF COTTON BUDS AS A MEDIUM IN POINTILLISM TECHNIQUE TO IMPROVE METHOD OF COLORING TREE LEAVES AMONG YEAR 4 CHILDREN. Jurnal Gendang Alam (GA), 12(2). https://doi.org/10.51200/ga.v12i2.3822
Total Views: 406 | Total Downloads: 443