VISUAL TUBUH MANUSIA DAN PESAN SIMBOLIKNYA DALAM KARYA SENI BAYU UTOMO RADJIKIN

VISUAL OF THE HUMAN BODY AND ITS SYMBOLIC MESSAGE IN BAYU UTOMO RADJIKIN’S ARTWORK

Authors

  • Issarezal Ismail Kolej Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka,Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Malaysia
  • Hairulnisak Merman Kolej Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka,Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Malaysiaissarezal@uitm.edu.my
  • Ruzamira Razak Abdul Razak Kolej Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka,Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Malaysia
  • Muhammad Salehuddin Zakaria  Kolej Pengajian Seni Lukis dan Seni Reka,Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v12i1.3836

Keywords:

Visual, tubuh, pesan, simbolik, Bayu Utomo Radjikin, body, symbolic, message

Abstract

Karya seni visual yang berperanan sebagai salah satu medium komunikasi tidak hanya memperlihatkan gambaran visual semata-mata tetapi juga memiliki pesan atau mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis kepada masyarakat umum melalui penggunaan tanda atau simbol tertentu. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendekati, memahami dan menjelaskan visual tubuh manusia dan pesan simboliknya dalam karya Bayu Utomo Radjikin. Metodologi kajian seni yang menekankan pada sistem penjelasan bersifat menyeluruh dan mendalam telah digunakan berpandukan pada model pesan simbolik karya seni yang diadaptasi melalui penggunaan konsep-konsep yang difikirkan relevan. Hasil analisis menunjukkan bahawa visual tubuh manusia dari karya-karya Bayu Utomo Radjikin menjadi simbol bagi mengungkapkan pesan tentang penderitaan sosial dan juga identiti diri personal yang diinspirasikan dari tragedi kemanusiaan di peringkat tempatan mahupun global serta pengalaman peribadi sebagai seorang perantau dan sebagai seorang Melayu berketurunan Jawa di Malaysia. Pada masa yang sama, mesej simbolik dari visual tubuh manusia itu juga memiliki fungsi untuk mengajarkan nilai kemanusiaan masyarakat moden yang telah hancur, nilai cinta yang menuntut manusia untuk melakukan pengorbanan dan juga nilai budaya yang sungguh berharga bagi mencari jati diri serta mendewasakan manusia.

 

Visual artwork as one of the mediums of communication not only shows a mere visual image but it also has a message that wants to be conveyed to the general society through the use of certain signs or symbols. The purpose of this study is to approach, understand and explain the visual of human body and its symbolic message in Bayu Utomo Radjikin’s artworks. The art research methodology that emphasizes on a comprehensive and indepth explanatory system has been used based on the symbolic message model of the artwork adapted through the use of concepts deemed relevant. The results of the analysis
shows that the visual of the human body from the artworks by Bayu Utomo Radjikin is a symbol to express the message of social suffering and also personal identity inspired by human tragedy at the local and global level as well as personal experience as a nomad and also as a Malay-Javanese in Malaysia. At the same time, the symbolic message of the visual of the human body also has the function to teach the human values of modern society that has been destroyed, the value of love that demands human beings to make sacrifices and also the cultural values that are very valuable for finding identity as well as maturing human beings.

Published

2022-06-30

How to Cite

Issarezal Ismail, Hairulnisak Merman, Ruzamira Razak Abdul Razak, & Muhammad Salehuddin Zakaria . (2022). VISUAL TUBUH MANUSIA DAN PESAN SIMBOLIKNYA DALAM KARYA SENI BAYU UTOMO RADJIKIN: VISUAL OF THE HUMAN BODY AND ITS SYMBOLIC MESSAGE IN BAYU UTOMO RADJIKIN’S ARTWORK. Jurnal Gendang Alam (GA), 12(1), 177–196. https://doi.org/10.51200/ga.v12i1.3836
Total Views: 790 | Total Downloads: 2316