CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS KEMAHIRAN SECARA MAYA SEMASA PANDEMIK COVID-19

THE CHALLENGE OF VIRTUAL TEACHING AND LEARNING FOR SKILLS COURSES DURING THE COVID-19 PANDEMIC

Authors

  • Saniah Ahmad

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v12i2.4290

Keywords:

Cabaran, pembelajaran maya, teknikal, kemahiran, reka cipta, busana, covid-19, Challenges, teaching and learning, skills based, fashion design

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji cabaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus kemahiran yang dijalankan secara maya ketika pandemik COVID-19. Cabaran dalam mengakses Internet dengan konsisten untuk sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya menyebabkan pelajar mengalami kesukaran untuk mengadaptasi cara belajar yang berubah drastik, daripada pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran secara maya. Kajian ini untuk mengenal pasti kekangan utama dalam pembelajaran dan pengajaran secara maya yang dihadapi oleh pelajar dan pengajar dalam kursus ini. Selain itu, kajian ini mengenal pasti bentuk tugasan yang boleh diubah suai mengikut situasi pendemik agar tidak terlalu membebankan pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes untuk Kursus Rekacipta Busana dengan penglibatan secara langsung 47 pelajar yang menyertai kursus ini. Kaedah pungutan data menggunakan borang kaji selidik melalui Google form, pemerhatian dan temu bual secara informal pelajar yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil kajian mendapati pengajar mengubah komponen penilaian dalam bentuk tugasan praktikal yang disesuaikan dengan situasi pandemik COVID-19. Melalui pengubahsuaian ini, pelajar berupaya menyiapkan dan menghantar tugasan secara maya dalam bentuk tugasan separa-praktikal yang lebih ringan berbanding tugasan asal dalam pengajaran dan pembelajaran bersemuka. Kaedah pembelajaran dan pengajaran secara maya perlu diteruskan apabila keadaan kembali seperti sediakala daripada krisis pandemik ini. Ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif khas untuk pelajar yang mempunyai kekangan untuk menghadiri kuliah bersemuka atas faktor kesihatan sekiranya disyaki membawa penyakit berjangkit yang memerlukan mereka diisolasi seperti terkena jangkitan virus COVID-19.

 

This paper discussed the challenges faced by students dan lecturer in skills-based courses on virtual teaching and learning activities in the pandemic of COVID-19. Students constantly struggle to adjust to learning modes that have shifted dramatically from face-to-face to virtual learning due to external reasons such as Internet access limitations. This inadvertently obstructs students' ability to comprehend the technological nature of learning in virtual lectures.
This study aims to identify the main constraints in virtual learning and teaching faced by students and the instructor in this course. This study identifies the modification of assignments to reduce students’ burden in the pandemic situation of online teaching and learning activities. This study uses the case study method for the Fashion Design Course with the involvement of 47 students who participated in this course. Several data collection method for this research by using a survey form through Google form, observation, and informal interviews on few students in this course. As a result, the instructor changed part of the assessment given in the course, especially in the form of practical assignments. Through this modification, assignments changed in the form of semi-practical assignments. The modification is to lighten the load of the students in hoping them being able to complete and submit the assignments in the form of online submission. Virtual learning and teaching methods need to continue when things return to normal from this pandemic crisis. It is a suitable alternative for students who have constraints on attending face-to-face lectures due to health factors such as being infected with the COVID-19 virus that requires them to be isolated from the crowd within a specified period

Author Biography

Saniah Ahmad

Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF),

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah

Published

2022-12-31

How to Cite

Saniah Ahmad. (2022). CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS KEMAHIRAN SECARA MAYA SEMASA PANDEMIK COVID-19: THE CHALLENGE OF VIRTUAL TEACHING AND LEARNING FOR SKILLS COURSES DURING THE COVID-19 PANDEMIC. Jurnal Gendang Alam (GA), 12(2). https://doi.org/10.51200/ga.v12i2.4290
Total Views: 670 | Total Downloads: 549