TAHAP KEFAHAMAN MAKNA SIMBOLIK PERMAINAN KERCANG DALAM KALANGAN REMAJA ORANG ASLI SUKU KAUM JAKUN

THE LEVEL OF UNDERSTANDING ON THE SYMBOLIC MEANING OF THE KERCANG GAME AMONG THE YOUTH’S JAKUN TRIBE

Authors

  • Nur Sabrina Zainudin Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh, 84600 Muar, Johor
  • Mohamad Suhaizi Suhaimi Jabatan Bahasa Melayu, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh, 84600 Muar, Johor

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v13i1.4376

Keywords:

Kaum Jakun, permainan tradisional, kercang, tahap kefahaman, remaja

Abstract

Arus pemodenan telah memberi kesan yang mendalam terhadap permainan tradisional sesebuah masyarakat sama ada Melayu, Cina, India serta masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, pengkaji melakukan sebuah kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti makna simbolik permainan kercang masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun dan menganalisis tahap kefahaman para remaja mereka terhadap makna simbolik permainan tersebut. Kajian ini dilakukan di Kampung Sentosa, Lenga dan pengkaji membataskan responden kepada sepuluh orang sahaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk menjalankan kajian ini dan kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah kepustakaan telah digunakan untuk mendapatkan data berkaitan objektif. Berdasarkan pengaplikasian kaedah-kaedah tersebut, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kercang mempunyai enam jenis iaitu Kercang Pasung, Kercang Kahwin, Kercang Tipah Tertipu, Kercang Wau, Kercang Gunting dan Kercang Dua Lubang. Hasil dapatan juga mendapati bahawa seramai tujuh orang remaja tidak memahami makna simbolik bagi kercang pasung dan empat orang remaja tidak mempunyai kefahaman tentang makna simbolik kercang kahwin. Oleh itu, hasil akhir kajian ini merumuskan bahawa para remaja suku kaum Jakun tidak mempunyai kefahaman yang baik tentang makna simbolik permainan tradisional mereka.

The current of modernization has had a profound effect on the traditional games of the Malay, Chinese, Indian and Orang Asli community. Therefore, the researcher conducted a study that aims to identify the symbolic meaning of the game of keracang of the Jakun tribe's Orang Asli community and analyze the level of understanding of the Jakun tribe's Orang Asli youth on the symbolic meaning of the game of kercang. This study was conducted in Kampung Sentosa, Lenga and the researcher limited the respondents to ten people only. This study uses qualitative approaches to conduct this study and interview methods, observation methods and library methods have been used to obtain objective related data. Based on the application of these methods, the study's findings have shown that there are six types of kercang, namely Kercang Pasung, Kercang Kahwin, Kercang Tipah Tertipu, Kercang Wau, Kercang Gunting and Kercang Dua Lubang. The findings also found that a total of seven teenagers did not understand the symbolic meaning of kercang pasung and four teenagers did not have an understanding of the symbolic meaning of kercang kahwin. Therefore, the final results of this study conclude that the teenagers of the Jakun tribe do not have good knowledge of the symbolic meaning of their traditional games.

Published

2023-06-20

How to Cite

Nur Sabrina Zainudin, & Mohamad Suhaizi Suhaimi. (2023). TAHAP KEFAHAMAN MAKNA SIMBOLIK PERMAINAN KERCANG DALAM KALANGAN REMAJA ORANG ASLI SUKU KAUM JAKUN : THE LEVEL OF UNDERSTANDING ON THE SYMBOLIC MEANING OF THE KERCANG GAME AMONG THE YOUTH’S JAKUN TRIBE. Jurnal Gendang Alam (GA), 13(1). https://doi.org/10.51200/ga.v13i1.4376
Total Views: 542 | Total Downloads: 1052