SLOT AKASIA: TELENOVELA PENDEK - ‘CINDERELLA MYTH’ SEBAGAI INDEKS FENOMENA (2018-2021)

Authors

  • Ayu Haswida bt Abu Bakar Pengajian Seni Liberal, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v13i1.4381

Keywords:

Slot Akasia, Cinderella Myth, Telenovela, TV3, televisyen

Abstract

Slot Akasia adalah salah satu slot drama bersiri di TV3. Slot Akasia mengangkat pencirian cinta sebagai plot utama baik dari adaptasi novel mahupun cerita asal, sebagai syarat atau DNA slot. Untuk kajian ini drama bersiri di slot Akasia ditermakan sebagai telenovela pendek merujuk kepada konsep telenovela yang berpenciriankan naratif percintaan. Majoriti telenovela pendek yang disiarkan melalui slot ini akan menjadi telenovela pendek fenomena semasa yang didefinisikan melalui pencirian jumlah penontonan melebihi 10 juta. Menurut pada pengkaji telenovela, faktor utama yang menyumbang kepada sambutan ini adalah konsep cerita Cinderella Myth. Sungguhpun begitu, ada berpendapat bahawa telenovela perlu bersifat kehidupan seharian, realism dan berfungsi sebagai ‘a mirror of reality.’ Persoalan kajian yang akan dibincangkan, sejauhmana konsep Cinderella Myth ini digunapakai sebagai penggerak cerita dan menjadi penyumbang kepada fenomena semasa? Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat kajian analisis kandungan. Fokus kajian adalah drama bersiri yang disiarkan di Slot Akasia sekitar 2018-2021 yang mempunyai jumlah penontonan 10 juta dan ke atas. Jangan Benci Cintaku (2018), Pujaan Hati Kanda (2018), Bukan Gadis Biasa (2020) 7 Hari Mencintaimu 2 (2020) dan Sabarlah Duhai Hati (2021). Hasil kajian yang diperolehi dari lima telenovela pendek yang menjadi fenomena sekira 2018 hingga 2021, hanya dua sahaja yang menepati pencirian Cinderella Myth.

 

Kata kunci: Slot Akasia, Cinderella Myth, Telenovela, TV3, televisyen.

 

ABSTRACT

Slot Akasia is one of the serial drama slots on TV3. Akasia slot elevates the characterization of love as the main plot of either from a novel adaptation or an original story, as a condition or DNA of the slot. For this study the serial drama in Akasia slot is termed as a short telenovela, referring to the concept of telenovela characterized by romance narrative. The majority of short telenovelas aired through this slot will be short telenovelas of current phenomena defined through the characterization of total viewership in excess of 10 million. According to telenovela researchers, the main factor contributing to this celebration is the concept of the Cinderella Myth story. Even so, some argue that telenovelas should be everyday life, realism and function as ‘a mirror of reality.’ The research question to be discussed is, to what extent is the concept of Cinderella Myth used as a story driven and contributes which triggers a phenomenal? This study uses a qualitative approach of content analysis study. The focus of the study is a serial drama aired on Akasia Slots of 2018-2021 which has a total viewership of 10 million and above. Jangan Benci Cintaku (2018), Pujaan Hati Kanda (2018), Bukan Gadis Biasa (2020) 7 Hari Mencintaimu 2 (2020) and Sabarlah Duhai Hati (2021). The results of the study obtained, from these five short telenovelas that became a phenomenal from 2018 to 2021, only two fit the characteristics of Cinderella Myth.

 

Keywords: Slot Akasia, Cinderella Myth, Telenovela, TV3, television

Published

2023-06-20

How to Cite

Ayu Haswida bt Abu Bakar. (2023). SLOT AKASIA: TELENOVELA PENDEK - ‘CINDERELLA MYTH’ SEBAGAI INDEKS FENOMENA (2018-2021). Jurnal Gendang Alam (GA), 13(1). https://doi.org/10.51200/ga.v13i1.4381
Total Views: 140 | Total Downloads: 146