WANITA DALAM CERPEN WADAH 1986-1990: SUATU PERSPEKTIF FEMINIS
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v13i2.4744Keywords:
Cerpen, feminis, wanita Sabah, WardahAbstract
ABSTRAK
Perutusan cerpen yang memanifestasikan kehidupan manusia menerusi tema, plot, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Unsur intrinsik cerpen seperti watak dan perwatakan berperanan penting merakamkan pemikiran, sesuai dengan peredaran zaman. Seiring itu, watak dan perwatakan wanita seringkali menjadi watak utama terutama dalam karya yang ditulis oleh pengarang wanita. Watak wanita ditampilkan mengikut kesesuaian dan fokus yang diingini pengarang. Watak wanita dalam cerpen diwakili wanita berkerjaya, ibu, isteri atau gadis yang menuntut cabaran selari dengan budaya hidup. Tulisan ini adalah kajian terhadap watak wanita yang diketengahkan dalam cerpen khususnya dalam koleksi Wadah yang diterbitkan pada tahun 1986-1990 oleh Dewan Bahasa Pustaka cawangan Sabah. Analisis watak gadis difokuskan kepada empat cerpen Wadah terpilih yang dihasilkan oleh penulis Sabah. Antaranya, cerpen ‘Perempuan Tua’ (Oktober 1986) oleh Sitti Rahmah atau Intan Sitti Azierah G, cerpen ‘Perhitungan’ (Mac/Jun 1989) oleh Maznah Sulaiman, cerpen ‘Serelung Hati Sang Sutradara’ (Mac 1990) oleh Sairah Haji Antin, dan cerpen ‘Hantaran’ (September 1990) oleh Siti Faridah Bandar. Kajian ini mengaplikasikan perspektif feminis oleh Cheri Register, dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dapatan kajian memperlihatkan watak dan perwatakan seorang gadis yang berani sebagai pemaparan wanita peribumi sebelum millenia.
Kata kunci: Cerpen, feminis, wanita, majalah Wadah
ABSTRACT
Life is manifested in short stories through the themes, plots, settings, point of view, and characters in a short story. Intrinsic elements of short stories such as characters play an important role in recording the reflections of the time. This is especially true of female characters as protagonists, especially in works written by female authors themselves. Female characters in short stories are represented by career women, mothers, wives, or girls who face challenges above and beyond the expectations of their gender. This article is a study of the female characters featured in short stories, especially in the Wadah collection published in 1986-1990 by the Sabah branch of Dewan Bahasa Pustaka. The analysis of female characters is focused on four selected Wadah short stories written by Sabah female writers. Among them are the short story 'Old Woman' (October 1986) by Sitti Rahmah or Intan Sitti Azierah G, the short story 'Perhitungan' (March/June 1989) by Maznah Sulaiman, 'Serelung Hati Sang Sutradara' (March 1990) by Sairah Haji Antin, and the short story 'Hantaran' (September 1990) by Siti Faridah Bandar. This study applies a feminist perspective by Cheri Register to analyze the female characters who negotiate the angst of their roles as mothers, wives, and daughters in a predominantly male-orientated local society. The findings highlight the subtle rebellion, retaliation, and repression displayed by the indigenous female character even before millennia which attests to the rise of or presence of female consciousness among the local indigenous females.
Keywords: Short stories, feminists, Sabah women, Wadah
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.