PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PELAJAR MELALUI LATIHAN LAKON TEATER

Authors

  • Mazrona Kalinggalan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Asmiaty Amat Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, Malaysia
  • Fazilah Husin Universiti Putra Malaysia, Selangor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v13i2.4745

Keywords:

latihan lakon, kemahiran insaniah, kemahiran kepimpinan, teater dan kepimpinan

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini melihat bagaimana kesan pendekatan persiapan latihan pelakon dalam membantu meningkatkan kemahiran kepimpinan pelajar. Ia dijalankan kepada 35 responden terdiri pelajar institusi pengajian tinggi selama 14 minggu. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian dipungut melalui dua kaedah iaitu temubual kumpulan fokus dan hasil soal selidik sebelum dan selepas pelaksanaan modul. Analisis dapatan bagi temubual kumpulan fokus dijalankan menggunakan teknik pengekodan mengikut sub atribut yang digariskan dalam kemahiran kepimpinan dengan merujuk kepada Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Manakala data soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan Ujian T-Test bagi melihat perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan latihan pelakon terhadap responden yang terlibat. Hasil analisis kedua-dua kaedah menunjukkan terdapat peningkatan dalam pembangunan kemahiran kepimpinan dalam kalangan responden terlibat setelah melalui latihan persiapan pelakon.

Kata kunci: latihan lakon, kemahiran insaniah, kemahiran kepimpinan, teater dan kepimpinan.

 

ABSTRACT

This research investigated the impact of the actor's training preparation approach on the development of leadership skills among students. It was administered for fourteen weeks to 35 respondents who were enrolled in institutions of higher education. The methodology of the investigation incorporates qualitative and quantitative approaches. The data for this study were gathered via two distinct approaches: focus group interviews and questionnaire responses obtained both prior to and subsequent to the module's implementation. Coding techniques were utilised to analyse the results of the focus group interviews in accordance with the sub-attributes delineated in the “Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi”. The questionnaire data were analysed utilising the T-test in the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software in order to compare the responses before and after the actor training was implemented. The findings derived from the evaluation of both approaches indicate that the participants' leadership capabilities improve significantly subsequent to completing actor preparation training.

Keywords: acting training, soft skills, leadership skills, theater and leadership.

Published

2023-12-18

How to Cite

Mazrona Kalinggalan, Asmiaty Amat, & Fazilah Husin. (2023). PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN PELAJAR MELALUI LATIHAN LAKON TEATER. Jurnal Gendang Alam (GA), 13(2). https://doi.org/10.51200/ga.v13i2.4745
Total Views: 131 | Total Downloads: 114