Ritual Adat Korban dalam Adat Masyarakat Ubian

Authors

  • Zaimie Sahibil Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v6i.511

Keywords:

Ubian, Bajau, adat korban, agama Islam

Abstract

Suku kaum Ubian adalah salah satu subsuku daripada masyarakat Bajau Laut. Suku ini merupakan antara masyarakat awal yang diketahui mendiami pesisir daerah Pulau Banggi, Kudat, Sandakan dan Semporna, Sabah. Masyarakat ini masih mengamalkan kehidupan secara tradisi dan memiliki adat serta kepercayaan tradisinya yang sangat kuat. Kajian ini memfokuskan ritual korban, iaitu salah satu daripada amalan adat yang masih kukuh dilaksanakan. Adat korban masyarakat Ubian yang unik bercampur dengan kepercayaan tradisi dan agama Islam. Adat istiadat korban dalam masyarakat Bajau Ubian ini adalah menjadi kewajipan untuk dilaksanakan. Jika tidak, mereka percaya arwah idak akan dapat pergi ke Padang Masyhar kerana tunggangannya tiada, yakni binatang sembelihan korban itu. Malah, mereka percaya adalah lebih baik jika binatang sembelihan itu seekor kambing supaya arwah selesa menunggangnya berseorangan berbanding seekor lembu atau kerbau yang terpaksa dikongsi bertujuh. Kepercayaan ini terus dipelihara oleh generasi tua. Generasi baharu yang sudah memahami secara mendalam mengenai fahaman agama Islam sudah mula meninggalkan adat istiadat korban dalam masyarakat suku kaum Bajau Ubian ini. Walaupun khazanah budaya ini unik, tetapi ia membebankan terutamana bagi keluarga yang tidak berkemampuan. Mereka sanggup berhutang demi melaksanakan adat istiadat korban masyarakat Bajau Ubian ini.

Published

2016-12-27

How to Cite

Sahibil, Z. (2016). Ritual Adat Korban dalam Adat Masyarakat Ubian. Jurnal Gendang Alam (GA), 6. https://doi.org/10.51200/ga.v6i.511
Total Views: 2952 | Total Downloads: 2119