Tangon Dusun Liwan: Satu Analisis Tema

Authors

  • Clarice Gallus
  • Low Kok On Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v6i.512

Keywords:

Dusun, Liwan, tangon, Tambunan, tema

Abstract

Seperti suku dan bangsa lain di dunia ini, etnik Dusun Liwan di Mukim Kirokot, daerah Tambunan, Sabah juga kaya dengan tangon (cerita rakyat). Makalah ini memberikan tumpuan terhadap tema-tema yang terkandung dalam tangon. Bahan kajian dalam tulisan ini diperoleh daripada kerja lapangan menerusi temu bual dengan informan Dusun Liwan di beberapa buah kampung di Mukim Kirokot, Daerah Tambunan. Tangon kemudiannya telah dikategorikan mengikut tema-tema cerita. Tema-tema ini telah dianalisis berasaskan interpretasi dan perbandingan dengan cerita rakyat Barat, cerita rakyat Melayu dan cerita rakyat tempatan lain. Hasil analisis menunjukkan tangon Dusun Liwan memiliki tema yang universal dengan cerita rakyat Barat dan Melayu seperti tema penipuan, ketamakan yang merugikan seseorang, tema asal usul dan pelbagai tema lain. Terdapat juga tema dalam tangon Dusun Liwan yang jarang-jarang atau tidak ditemui (buat masa kajian ini dilakukan) dalam cerita rakyat suku dan bangsa lain seperti tema “ibu kandung yang makan anak sendiri.†Kesimpulannya, analisis perbandingan tema-tema tangon Dusun Liwan seperti ini telah menonjolkan keistimewaan tema yang terdapat pada salah satu warisan tradisi lisan milik etnik Dusun Liwan di Mukim Kirokot, Tambunan

Published

2016-12-27

How to Cite

Gallus, C., & On, L. K. (2016). Tangon Dusun Liwan: Satu Analisis Tema. Jurnal Gendang Alam (GA), 6. https://doi.org/10.51200/ga.v6i.512
Total Views: 1303 | Total Downloads: 2898