Kaedah Perolehan Rancangan Televisyen di RTM: Isu dan Cabaran Syarikat Produksi Tempatan

Authors

  • Arizah Jamil
  • Zairul Anuar Md. Dawam Fakulti Kemanusiaan dan Seni Warisan, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Nor Shahizan Ali Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v6i.513

Keywords:

RTM, kaedah perolehan rancangan televisyen, penerbit tempatan, slot televisyen

Abstract

Sejak tahun 1984, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Perolehan Rancangan telah menetapkan beberapa syarat dan kaedah kepada pembekal-pembekal rancangan atau syarikat produksi yang ingin memasarkan dan menjual rancangan televisyen mereka di RTM 1 (TV1), RTM 2 (TV2) dan TVi. Kaedah perolehan rancangan televisyen bermula dengan sistem agihan jam, sistem tender terbuka, sistem konsortium, sistem tender terhad dan yang terkini adalah mengikut sistem pitching. Namun begitu, setiap kaedah perolehan tersebut telah menimbulkan beberapa isu seperti isu monopoli, isu pengagihan slot jam yang tidak jelas, kewujudan syarikat yang menjual slot jam yang diperoleh kepada syarikat lain (Ali baba), isu pengelasan syarikat dan isu penilaian ketika proses pembentangan dilakukan. Malah, isu-isu yang berlaku ketika pelaksanaan tersebut menyebabkan perubahan sistem pengurusan dalam kaedah perolehan yang dilakukan oleh RTM. Isu-isu ini telah memberikan cabaran kepada pihak penerbit atau syarikat produksi dalam usaha untuk memasar dan menjual produk atau rancangan televisyen mereka ke RTM. Justeru, artikel ini membincangkan lima jenis sistem pengurusan dalam kaedah perolehan rancangan yang pernah dilaksanakan oleh pihak RTM dan seterusnya isu dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat produksi tempatan dalam setiap pelaksanaan kaedah perolehan tersebut. Artikel ini diharap dapat membantu para penerbit memahami kaedah perolehan rancangan televisyen yang dilakukan oleh RTM, sekali gus membantu mereka memperoleh slot televisyen yang ditawarkan.

Published

2016-12-27

How to Cite

Jamil, A., Md. Dawam, Z. A., & Ali, M. N. S. (2016). Kaedah Perolehan Rancangan Televisyen di RTM: Isu dan Cabaran Syarikat Produksi Tempatan. Jurnal Gendang Alam (GA), 6. https://doi.org/10.51200/ga.v6i.513
Total Views: 995 | Total Downloads: 5432