Nilai Estetika dalam Penghasilan Rekaan Seramik Kontemporari Berinspirasikan Motif Etnik Borneo

Authors

  • Norhayati Ayob Universiti Malaysia Sabah
  • Humin Jusilin Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v6i.514

Keywords:

Nilai estetika, seni seramik, formalistk, motif dan rekaan kontemporari

Abstract

Karya seni seramik adalah manifestasi perasaan dan fikiran yang terhasil melalui beberapa teknik dan bentuk penghasilannya. Nilai estetika dalam seni seramik atau tembikar dikaitkan dengan konsep keindahan. Seni seramik wujud dalam pelbagai bentuk utiliti seperti pinggan mangkuk, perabot, seni perhiasan dan sebagainya. Ia mempunyai tafsiran yang luas dan bukan hanya dilihat pada elemen formal tetapi juga memancarkan perspektif adat dan budaya tradisi masyarakat. Penghasilan seni seramik yang kontemporari dizahirkan mengikut kepakaran dan kreativiti dalam sesebuah karya. Artikel ini bersifat kajian studio yang bertujuan untuk menjelaskan proses artistik dan interpretasi elemen formal pada karya seramik bersumberkan imej motif linangkit masyarakat Lotud di Tuaran. Kaedah kajian studio beroperasi sebagai memilih teknik dan bahan serta menstruktur elemen formal untuk mengenal pasti nilai estetika dalam seni seramik. Kajian artistik dan analisis formal menunjukkan bahawa faktor ekspresi pemikiran, bahan, teknik, konteks budaya dan masyarakat mempengaruhi penghasilan seramik kontemporari yang bernafaskan motif etnik Borneo. Keunikan linangkit sebagai karya baharu, menjelaskan idea yang kreatif berasaskan olahan dan inovasi daripada motif alam semula jadi. Pembuatan karya yang berunsurkan motif peribumi Borneo adalah salah satu langkah untuk melestarikan warisan budaya dalam olahan seramik kontemporari.

Published

2016-12-27

How to Cite

Ayob, N., & Jusilin, H. (2016). Nilai Estetika dalam Penghasilan Rekaan Seramik Kontemporari Berinspirasikan Motif Etnik Borneo. Jurnal Gendang Alam (GA), 6. https://doi.org/10.51200/ga.v6i.514
Total Views: 2826 | Total Downloads: 7791