PELANCONGAN FILEM: CIRI UTAMA FILEM DALAM MEMPROMOSIKAN SABAH

FILM TOURISM: THE MAIN CHARACTERISTICS OF FILMS IN PROMOTING SABAH

Authors

  • Mohamaddin Ketapi Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Rosli Sareya Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v14i1.5190

Keywords:

tourism industry, film, promotion strategy, destination popularity, Sabah tourism

Abstract

Hubungan antara filem, televisyen dan pelancongan merupakan sesuatu yang telah pun dilakukan beberapa negara dan ianya mula diterapkan sejak awal 1990-an. Aktiviti seperti menonton filem, rancangan televisyen serta melancong adalah salah satu cara untuk individu melarikan diri dari kesibukan kerja harian. Kesemua aktiviti tersebut mampu memberikan kelegaan sementara dari kesibukan yang dihadapi sepanjang melakukan aktiviti harian. Industri pelancongan kontemporari sendiri sangat kompetitif dan banyak destinasi baru yang cuba menarik pelancong ke destinasi-destinasi tersebut. Seterusnya filem dan televisyen juga dapat memberikan pengetahuan tentang aspek-aspek tertentu sesebuah negara seperti alam semula jadi, budaya dan kehidupan sosial sesebuah negara. Kajian ini akan memberikan tumpuan kepada pengaruh filem ke atas pelancongan di Sabah sebagai salah satu sumber kontemporari. Pemerhatian telah pun dilakukan oleh pengkaji dan dalam masa sama telah pun melakukan temubual ke atas beberapa tokoh penting dalam industri perfileman dan pelancongan. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa sumber kontemporari menerusi filem dan televisyen ke atas industri pelancongan di Sabah sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat. Kesimpulannya, kajian ini jelas memberikan implikasi yang besar dalam konteks penambahan ilmu pengetahuan berkenaan kelebihan serta manfaat filem dan televisyen sebagai sumber kontemporari yang berguna dalam industri pelancongan. Penambahbaikan dari segi strategi promosi ini dirujuk berupaya meningkatkan lagi nilai tambah serta populariti destinasi pelancongan di Sabah khususnya dan Negara amnya.

Kata Kerja: industri pelancongan, filem, strategi promosi, populariti destinasi, pelancongan Sabah,

 

ABSTRACT

A number of countries have already established the link between film, television, and tourism, and this has been implemented since the early 1990s. One of the ways people might break away from the everyday grind is by viewing films, TV shows, and travelling. These all kinds of hobbies can offer some little respite from the hectic nature of daily life. The modern travel business is quite competitive; hence many new locations are vying for visitors to those locations. Then, films and TV can also teach about some facets of a nation, including its social life, culture, and natural surroundings. As one of the modern sources, this study will concentrate on how films affect tourism in Sabah. The researcher has already made observations, and concurrently conducted interviews with various significant personalities in the film and travel sectors. The results of the research reveal generally that modern sources on the tourism sector in Sabah via movies and television have a great impact. Finally, given the framework of growing knowledge about the advantages and benefits of film and television as a helpful modern resource in the tourism sector, this study obviously has enormous consequences. Promotional tactics are said to be able to boost the added value and attractiveness of tourism sites in Sabah in particular and the nation in general substantially.

 

Keywords: tourism industry, film, promotion strategy, destination popularity, Sabah tourism,

Published

2024-06-27

How to Cite

Mohamaddin Ketapi, & Rosli Sareya. (2024). PELANCONGAN FILEM: CIRI UTAMA FILEM DALAM MEMPROMOSIKAN SABAH: FILM TOURISM: THE MAIN CHARACTERISTICS OF FILMS IN PROMOTING SABAH. Jurnal Gendang Alam (GA), 14(1). https://doi.org/10.51200/ga.v14i1.5190
Total Views: 9 | Total Downloads: 3