KATA SAPAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI SUKU KAUM SEMAI: KAJIAN KES DI KUALA SENTA, PERAK

GREETINGS AMONG THE INDIGENOUS PEOPLE OF THE SEMAI TRIBE: A CASE STUDY IN KUALA SENTA, PERAK

Authors

  • Mohamad Suhaizi Suhaimi Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Izznusratina Nur Khalis Mohd Yusof Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Eris Joshan Chew Ho Beng Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v14i2.5769

Keywords:

kaum Semai, kata sapaan, masyarakat, komunikasi, peraturan alternasi

Abstract

ABSTRAK

Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai merupakan kelompok Orang Asli yang terdapat di Malaysia. Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai ini mempunyai kata sapaan yang tersendiri yang sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu. Kata sapaan yang digunakan oleh mereka untuk berkomunikasi dan bertutur dalam kalangan mereka menjadi satu keunikan yang tersendiri yang pastinya mempunyai perbezaan dengan suku kaum bagi masyarakat Orang Asli yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti variasi kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan menganalisis variasi kata sapaan dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai berlandaskan Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) menurut Peraturan Alternasi (Alternation Rules). Kajian ini juga telah mengaplikasikan kaedah kualitatif yang memperincikan dapatan data yang itu dengan kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah keperpustakaan. Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) telah digunakan bagi menganalisis dapatan data dalam usaha mencapai objektif yang ditetapkan oleh pengkaji. Dapatan kajian telah mendapati sebanyak (14) variasi kata sapaan yang diperoleh dalam pertuturan sesama masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan dianalisis mengikut Teori Kata Sapaan Ervin-Tripp (1972) menurut Peraturan Alternasi (Alternation Rules). Hasilnya, penganalisisan kesemua variasi kata sapaan ini bertepatan dengan kategori yang telah diperincikan dengan jitu dan kesemuanya dihuraikan dengan jelas pada bahagian dapatan kajian.

Kata kunci: kaum Semai, kata sapaan, masyarakat, komunikasi, peraturan alternasi

 

ABSTRACT

The Orang Asli community of the Semai tribe is an Orang Asli group found in Malaysia. The Orang Asli community of the Semai tribe has its own greeting that is slightly different from the Malay community. The greeting words used by them to communicate and speak among themselves become a unique thing of their own which certainly has a difference with other tribes for the Orang Asli community. Therefore, this study aims to identify the variation of greeting words among the Semai tribe's Orang Asli community and analyze the variation of greeting words among the Semai tribe's Orang Asli community based on Ervin-Tripp's Greeting Theory (1972) according to the Alternation Rules. This study has also applied qualitative methods that detail the data obtained with interview methods, observation methods and library methods. Ervin-Tripp's Greeting Theory (1972) was used to analyze data findings in an effort to achieve the objectives set by the researcher. The findings of the study have found as many as (14) variations of greeting words obtained in the speech of the Semai tribe's Orang Asli community and analyzed according to Ervin-Tripp's Greeting Word Theory (1972) according to the Alternation Rules. As a result, the analysis of all these greeting word variations coincides with the categories that have been precisely detailed and all of them are clearly described in the findings section of the study.

Keywords: Semai tribes, greetings, society, communication, alternation rules

Published

2024-12-14

How to Cite

Mohamad Suhaizi Suhaimi, Izznusratina Nur Khalis Mohd Yusof, & Eris Joshan Chew Ho Beng. (2024). KATA SAPAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI SUKU KAUM SEMAI: KAJIAN KES DI KUALA SENTA, PERAK: GREETINGS AMONG THE INDIGENOUS PEOPLE OF THE SEMAI TRIBE: A CASE STUDY IN KUALA SENTA, PERAK. Jurnal Gendang Alam (GA), 14(2), 116–126. https://doi.org/10.51200/ga.v14i2.5769
Total Views: 21 | Total Downloads: 31