SIGAL SEBAGAI SIMBOL SOSIAL DALAM KEPERCAYAAN TRADISI MASYARAKAT RUNGUS
SIGAL AS A SOCIAL SYMBOL IN THE TRADITIONAL BELIEFS OF THE RUNGUS SOCIETY
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v14iEdisi%20Khas.5798Keywords:
sigal, etnik Rungus, status Sigal, Kepercayaan, SogitAbstract
ABSTRAK
Kepala adalah anggota badan yang tertinggi yang mewakili kebijaksanaan manusia. Aksesori kepala iaitu sigal adalah objek budaya yang boleh melambangkan status seseorang dalam masyarakat Rungus. Sigal mencerminkan status si pemakainya termasuk pemimpin, ketua agama, ketua kampung, bangsawan dan pahlawan. Sigal digunakan untuk pelbagai tujuan seperti majlis perkahwinan, keramaian, hukum adat, adat kematian dan sogit. Metodologi kajian yang digunakan adalah kualitatif, bertujuan untuk mencapai objektif kajian dan mendapatkan data yang tepat melalui pendekatan seperti temu bual, kerja lapangan, rakaman dan kajian literatur. Kajian mendapati bahawa bentuk, jenis kain, warna dan motif sigal mempengaruhi status dan tujuan pemakaiannya. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji status sigal dalam kehidupan sosial masyarakat Rungus. Dahulu, sigal dipakai sebagai pakaian harian dan diwajibkan semasa upacara dan acara adat, tetapi transisi kehidupan telah memberi impak kepada pemakaian sigal dalam masyarakat Rungus. Hari ini, sigal hanya dilihat semasa majlis-majlis rasmi, dipakai hanya sebagai aksesori. Justeru, kajian ini menjelaskan signifikasi pemakaian sigal dalam struktur sosial dan peranannya dalam kepercayaan tradisional masyarakat etnik Rungus.
Kata Kunci: Sigal, etnik Rungus, status Sigal, kepercayaan, sogit.
ABSTRACT
The head is the highest part of the body that represents human wisdom. The head accessory that is the sigal is a cultural object that can symbolize a person's status in Rungus society. Sigal reflects the wearer's status including leaders, religious leaders, village heads, nobles and warriors. Sigal is used for various purposes such as wedding ceremonies, gatherings, customary law, death customs and sogit. The research methodology used is qualitative, aiming to achieve the objectives of the study and obtain accurate data through approaches such as interviews, fieldwork, recordings and literature review. The study found that the shape, type of fabric, color and motif of the sigal affect the status and purpose of its use. Therefore, the purpose of this study is to examine the status of sigal in the social life of the Rungus community. In the past, sigals were worn as daily clothing and were required during ceremonies and customary events, but the transition of life has had an impact on the use of sigals in the Rungus community. Today, the sigal is only seen during formal occasions, worn only as an accessory. Thus, this study explains the significance of the use of sigal in the social structure and its role in the traditional beliefs of the Rungus ethnic community.
Keywords: Sigal, Rungus ethnicity, Sigal status, belief, sogit
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.