STRUKTUR DAN FUNGSI KERIS MASYARAKAT BUGIS DI SABAH
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v15i2.7144Keywords:
Keris, struktur, fungsi, masyarakat Bugis, warisan budayaAbstract
ABSTRAK
Kajian ini meneliti struktur dan fungsi keris dalam kehidupan masyarakat Bugis di Tawau, Sabah melalui pendekatan kualitatif yang merangkumi pemerhatian lapangan, temu bual mendalam dan analisis dokumen. Pendekatan ini digunakan bagi memahami makna, peranan serta kedudukan keris dalam konteks budaya masyarakat Bugis. Tumpuan diberikan kepada elemen fizikal keris seperti hulu, bilah, sarung dan pamor yang memperlihatkan keunikan reka bentuk serta lapisan simbolik yang berkait rapat dengan sistem kepercayaan dan konstruksi identiti Bugis. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa setiap komponen keris mempunyai fungsi tersendiri yang menzahirkan nilai kekuatan, kehormatan, status sosial dan warisan keturunan. Selain berperanan sebagai alat pertahanan diri, keris turut berfungsi sebagai lambang jati diri, manifestasi kebanggaan serta medium penyatuan nilai tradisional dalam komuniti. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa keris Bugis bukan sahaja berfungsi sebagai senjata, tetapi juga sebagai simbol kesinambungan adat dan identiti budaya masyarakat Bugis di Sabah.
Kata Kunci : Keris, struktur, fungsi, masyarakat Bugis, warisan budaya
ABSTRACT
This study examines the structure and function of the keris within the Bugis community in Tawau, Sabah. A qualitative research design was employed, incorporating field observations, in-depth interviews and document analysis to explore the meanings and cultural roles of the keris. The study focuses on its physical components including the hilt, blade, sheath and pamor which exhibit distinctive craftsmanship and symbolic meanings closely tied to Bugis beliefs and identity. The findings indicate that each component derives a specific function that represents strength, honor, social status and ancestral heritage. Beyond its utilitarian role as weapon, the keris also embody self-identity, collective pride and the unifying traditional values of the community. Overall, the study demonstrates that the Bugis keris serves not only as an instrument of defence but also as a symbol of cultural continuity and identity among the Bugis community in Sabah.
Keywords: Keris, structure, function, Bugis community, cultural heritage
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.