PENERAPAN TULISAN JAWI DALAM KARYA CATAN DULANG MALIGAY
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v15i2.7149Keywords:
Catan, dulang maligay, falsafah, Kesatuan Organik, tulisan jawiAbstract
ABSTRAKTulisan Jawi telah lama berakar umbi di Malaysia jelas telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat penganut Islam. Perkara ini juga dapat dilihat dalam kebudayaan orang Suluk di Sabah khususnya. Kajian ini memfokuskan karya seni visual iaitu hasil seni catan yang mengaplikasikan tulisan jawi dalam karya catan tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengetengahkan falsafah dan pemahaman terhadap tulisan jawi serta hubung kaitnya dengan kebudayaan masyarakat Suluk. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual dalam mengumpulkan data daripada pelukis Suluk. Teori Kesatuan Organik digunakan dalam mengenal pasti subjek, bentuk dan makna dalam setiap karya yang dipilih. Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis dua karya yang telah menerapkan tulisan jawi yang digabungkan bersama dengan imej-imej makanan masyarakat tradisional Suluk. Melalui analisis yang dilakukan, karya tulisan jawi yang berlatarkan Dulang Maligay merupakan makanan yang dihidangkan selepas majlis khatam Al-Quran. Karya catan ini membawa satu mesej tentang keseimbangan agama dalam aktiviti harian. Karya ini juga merupakan sebuah usaha dalam menyampaikan kesedaran tentang kepentingan tulisan jawi yang semakin terpinggir dalam kalangan generasi muda Suluk. Secara kesimpulannya, kajian ini menjelaskan makna dalam aspek rupa bentuk tulisan jawi dan falsafah di dalam karya seni catan melalui pendekatan seni moden. Kajian ini dapat menjadi inspirasi kepada khalayak seni serta menjadi rujukan masyarakat generasi akan datang.
Kata Kunci: Catan, dulang maligay, falsafah, Kesatuan Organik, tulisan jawi
ABSTRACT
Jawi writing has long been rooted in Malaysia and has clearly influenced the pattern of life of the Muslim community. This can also be seen in the culture of the Suluk people in Sabah, in particular. This study focuses on visual artworks, which are the result of painting art that applies Jawi writing in the painting. The objective of this study is to highlight the philosophy and understanding of Jawi writing and its relationship with the culture of the Suluk community. This study used observational and interview methods in collecting data from Suluk painters. The Theory of Organic Unity is used in identifying subjects, forms, and meanings in each selected work. In this study, the researchers analyzed two works that have applied Jawi writing combined with images of traditional Suluk people's food. Through the analysis carried out, the Jawi writing work set in the Dulang Maligay is the food served after the Quran khatam ceremony. This painting carries a message about the balance of religion in daily activities. This work is also an effort to convey awareness about the importance of Jawi writing, which is increasingly marginalized among the younger generation of Suluk. In conclusion, this study explains the meaning of aspects of the form of Jawi writing and philosophy in the art of painting through the modern art approach. This study can be an inspiration to the art audience and become a reference for the next generation of society.
Keywords: Painting, dulang maligay, philosophy, Organic Unity, Jawi writing
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.