KESAN PROSES LATIHAN LAKON TEATER TERHADAP PEMBANGUNAN KEMAHIRAN LISAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
DOI:
https://doi.org/10.51200/ga.v15i2.7152Keywords:
Kemahiran lisan, kemahiran insaniah, komunikasi, keyakinan diri, teater dalam pendidikan, latihan teater, teater dan kemahiran insaniahAbstract
ABSTRAKKemahiran lisan yang efektif memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar dapat berkomunikasi dengan jelas dan berkesan dalam pelbagai situasi, baik ketika masih di universiti atau setelah bergelar graduan. Penulisan ini membincangkan bagaimana proses latihan lakon teater memberikan kesan terhadap pembangunan kemahiran lisan dalam pelajar. Penelitian dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan latihan teater yang melibatkan 10 topik dibangunkan khas untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kepada responden terpilih. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif, data dikumpul melalui temubual separa berstruktur dan catatan jurnal daripada 35 responden yang terdiri daripada pelajar universiti. Satu modul latihan pelakon teater diaplikasikan kepada responden selama 14 minggu. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan peningkatan kemahiran komunikasi lisan pelajar. Fokus utama artikel ini adalah kepada aspek-aspek komunikasi lisan yang berupaya dibangunkan melalui latihan teater, yang bertujuan untuk membantu pelajar mengasah keupayaan mereka dalam menghadapi situasi komunikasi yang pelbagai dan mencabar. Hasil kajian menunjukkan berlaku perubahan yang positif dalam aspek komunikasi lisan pelajar yang terlibat selepas terlibat dengan proses latihan pelakon teater.
Kata Kunci: Kemahiran lisan, kemahiran insaniah, komunikasi, keyakinan diri, teater dalam pendidikan, latihan teater, teater dan kemahiran insaniah.
ABSTRACT
Effective oral communication skills play an important role in ensuring that students are able to communicate clearly and efficiently in various situations, whether during their university years or after graduating. This paper discusses how the process of theatre acting training contributes to the development of students’ oral communication skills. This study was conducted by applying a theatre training approach involving ten specially developed topics aimed at enhancing students’ communication abilities among selected respondents. Using a qualitative methodology, data were collected through semi-structured interviews and journal entries from 35 respondents consisting of university students. A theatre actor training module was implemented over a period of 14 weeks. The collected data were analysed using thematic analysis to identify the key themes related to improvements in students’ oral communication skills. The main focus of this article is on the aspects of oral communication that can be developed through theatre training, with the aim of helping students refine their abilities to navigate diverse and challenging communication situations. The findings indicate positive changes in the oral communication skills of students who participated in the theatre actor training process.
Keywords: oral skills, soft skills, communication, self-confidence, theatre in education, theatre training, theatre and soft skills
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Submitted manuscripts in the Malay language or English must be original contributions, and have not been previously published or under consideration for publication elsewhere.
Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan, atau yang tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan yang lain.