KEARIFAN SIMBOL BINATANG SAKRAL DALAM ENSERA SANGKUH AGUNG: TAFSIRAN MAKNA SPIRITUAL

Authors

  • Telma Anak Harry Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
  • Rosliah Kiting Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v15i2.7158

Keywords:

kearifan, binatang, sakral, ensera sangkuh agung

Abstract

ABSTRAK 

Penulisan ini bertujuan merungkai simbol binatang sakral dalam Ensera Sangkuh Agung bagi memahami makna spiritual. Sastera rakyat seperti ensera kaya dengan retorik bahasa memuatkan simbol, lambang, tanda dan penanda.  Tukang ensera menyampaikan neratif cerita melalui pengalaman yang tinggi untuk disampaikan kepada pendengar secara lisan atau bertulis. Proses ini memerlukan pembaca memahami struktur pemikiran pengarang yang menggabungkan seni dengan diksi sastera menggunakan perlambangan dalam sosiobudaya orang Iban. Penerapan elemen epik dalam ensera Iban diwarnai dengan pelbagai watak pahlawan yang digambarkan dengan perlambangan haiwan untuk menyampaikan semangat spiritual kuasa sakti penuh keajaiban serta misteri. Kaedah kajian yang digunakan adalah kualitatif menerusi temu bual semi-struktur melalui respondan penulis ensera masyarakat Iban. Teori Estetika Bersepadu Edmund Burke telah diaplikasikan untuk merungkai perlambangan dan makna spiritual dalam ensera. Instrumen kajian menggunakan Ensera Sangkuh Agung dan protokol soalan temu bual semi-struktur. Dapatan kajian mengkategorikan dua perlambangan binatang sakral iaitu mamalia dan reptilia. Mamalia terdiri daripada remaung dan kijang. Reptilia ialah tekura dan ular sawa. Binatang ini memiliki unsur spiritual dan sakral  kerana mereka memiliki kekuasaan yang melebihi kemampuan seekor binatang. Semua binatang sakral dalam ensera membantu pengembaraan Pandak Seregatak. Implikasi kajian menjadi sumber inspirasi kepada pengarang baru dalam terus menghasilkan karya yang bermutu untuk para pembaca. Pelaksanaan kajian ini juga merupakan salah satu langkah dalam memperlihatkan budaya sesebuah bangsa diperingkat antarabangsa.

Kata Kunci : kearifan, binatang, sakral, ensera sangkuh agung.

 

ABSTRACT 

This study aims to unravel the symbolism of animals in Ensera Sangkuh Agung in order to comprehend its spiritual meaning. The oral literature of ensera is rich in language imbued with symbols, emblems, signs, and signifiers. The tukang ensera (storyteller) conveys the narrative through profound experiences, either orally or in written form, to the audience. This activity requires readers to understand the author’s cognitive structure, which fuses art with literary diction through the use of symbolism within the Iban sociocultural context. The incorporation of epic elements in Iban ensera is coloured by various heroic characters portrayed through animal symbolism, reflecting spiritual vitality, mystical power, and supernatural wonder. The study employs a qualitative research design through semi-structured interviews conducted with Iban ensera writers as respondents. Edmund Burke’s Integrated Aesthetic Theory was applied to interpret the symbolic representations within the ensera. The research instruments include Ensera Sangkuh Agung and a semi-structured interview protocol. The findings categorize two types of sacred animal symbolism, namely mammals and reptiles. The mammals consist of the tiger (remaung) and deer (kijang), while the reptiles include the tortoise (tekura) and python (ular sawa). These animals embody spiritual and sacred elements as they possess powers beyond those of ordinary creatures. All sacred animals in the ensera assist Pandak Seregatak in his journey. The implications of this study serve as an inspiration for new writers to continue producing high-quality literary works for readers. The implementation of this research also represents an effort to showcase the cultural identity of a nation at the international level.

 Keyword: wisdom, animal, sacred, ensera sangkuh agung.

 

Published

2025-12-25

How to Cite

Anak Harry, T. ., & Kiting, R. . (2025). KEARIFAN SIMBOL BINATANG SAKRAL DALAM ENSERA SANGKUH AGUNG: TAFSIRAN MAKNA SPIRITUAL. Jurnal Gendang Alam (GA), 15(2). https://doi.org/10.51200/ga.v15i2.7158
Total Views: 14 | Total Downloads: 5