PENGARUH KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENCIPTAAN TEMA DAN PERSOALAN NOVEL

Authors

  • Norsuhaila Sulaiman Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
  • Rosmah Derak Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ga.v16i1.7900

Keywords:

Cinta, Tema, Persoalan, Novel, Kecerdasan Buatan (AI)

Abstract

ABSTRAK

Aliran penulisan kreatif seperti puisi, cerpen, novel dan penulisan skrip turut menghadapi cabaran apabila dipengaruhi oleh perkembangan teknologi. Pada masa kini, penggunaan kecerdasan buatan atau artificial intelligent (AI) telah menjadi rakan baik dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan, kesihatan, kewangan, perniagaan dan karya seni. Dalam bidang penulisan novel, keterampilan idea  dan kreativiti amat penting agar teknik cerita lancar, segar dan menarik. Cabaran dapat dilihat apabila, penggunaan AI pada masa kini telah banyak memudahkan penulis untuk mendapatkan idea dan bahan penulisan tanpa melalui proses kreatif yang memerlukan penulis menumpahkan daya cipta dan kreativiti untuk menghasilkan sesebuah karya yang asli. Situasi tersebut amat membimbangkan jika AI menjadi tempat pergantungan para mahasiswa untuk menghasilkan karya tanpa menggunakan kreativiti sendiri. Objektif kajian ini ialah meneliti kreativiti dan penggunaan AI melalui arahan yang berkait dengan rangka novel yang dihasilkan oleh para mahasiswa. Bagi mencapai objektif tersebut kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu analisis teks yang dihasilkan oleh 40 orang mahasiswa berdasarkan pengaplikasian AI dalam penghasilan tema dan persoalan novel bagi kursus CA32703 Penulisan Novel pada sesi 1 2024/2025 di Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah. Walau bagaimanapun, hanya 10 mahasiswa terlibat dalam teknik persampelan data. Data kajian mengunakan analisis tematik, iaitu cinta yang menjadi tema popular dalam penghasilan rangka novel oleh para mahasiswa. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan AI dalam merangka tema dan persoalan novel yang dihasilkan oleh para mahasiswa ini tidak berupaya mencitrakan identiti dan keunikan naratif yang dicipta. Namun begitu, pengaplikasian AI terhadap tema dan persoalan novel masih kurang memuaskan dan memerlukan kreativiti manusia dalam menghasilkan karya yang segar, bermuta dan menarik berdasarkan adunan kreativiti.

Kata kunci : Cinta, Tema, Persoalan, Novel, Kecerdasan Buatan (AI)

 

ABSTRACT

Creative writing genres such as poetry, short stories, novels, and scriptwriting are increasingly shaped by developments in technology. Artificial intelligence (AI) is now used as a supportive tool in various fields, including education, health, finance, business, and the arts. In novel writing, however, the formation of ideas and the exercise of creativity remain essential to producing narratives that are coherent, fresh, and engaging. The growing use of AI raises concerns when writers, particularly students, rely on AI to generate ideas and writing materials without fully engaging in the creative process required to produce original literary work. This study examines students’ creativity and use of AI in formulating themes and narrative concerns for novel outlines. It adopts a qualitative approach through textual analysis of works produced by students enrolled in the CA32703 Novel Writing course during Semester 1 of the 2024/2025 academic session at the Academy of Arts and Creative Technology, Universiti Malaysia Sabah. Although the course involved 40 students, this study focuses on 10 selected student texts that represent the dominant theme identified in the data. The data were analysed thematically, with love emerging as the most prominent theme in the students’ novel outlines. The findings indicate that AI-generated suggestions for themes and narrative concerns were not sufficient to produce a distinctive narrative identity or creative uniqueness in the students’ works. While AI can assist in the early stages of idea generation, its use in developing novel themes and narrative concerns remains limited without human creativity, experience, observation, and critical judgement. The study concludes that AI may function as a supplementary tool in creative writing, but the production of fresh, meaningful, and engaging literary works still depends on the writer’s creative agency.

Keywords: love, theme, narrative concerns, novel, artificial intelligence (AI)

Published

2026-07-01

How to Cite

Sulaiman, N., & Derak, R. . (2026). PENGARUH KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENCIPTAAN TEMA DAN PERSOALAN NOVEL. Jurnal Gendang Alam (GA), 16(1). https://doi.org/10.51200/ga.v16i1.7900
Total Views: 32 | Total Downloads: 19