Pengaruh Positif Seni Lagu Nasyid Dalam Meningkatkan Kesejahteraan Mental: Satu Tinjauan Awal.
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpks.v8i1.5705Abstract
Seni lagu nasyid, sebagai bentuk seni muzik Islamik, ia menjadi fokus penelitian ini yang bertujuan untuk mengkaji dan memahami pengaruhnya terhadap kesejahteraan mental individu, kerana tanggapan seni nasyid terhad dalam konteks menyampaikan pesanan dakwah sahaja, malah ada yang membid’ahkan amalan tersebut, dan kurangnya kepercayaan masyarakat terhadap kesannya dalam konteks kesejahteraan mental. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif melalui pendekatan tinjauan literatur untuk mengumpulkan, menyaring, dan menganalisis sumber-sumber ilmiah yang sedia ada, dan melakukan analisis kandungan lirik pada beberapa lagu nasyid, analisis nilai viewer dalam YouTube, dan analisis komen-komen dalam tontonan YouTube, dalam usaha mencari pemahaman dan tinjauan awal tentang bagaimana seni lagu nasyid memainkan peranan dalam mengatasi cabaran kesejahteraan mental. Temuan dari literatur menunjukkan bahawa seni lagu nasyid boleh menjadi sumber sokongan positif yang bernilai ke arah kelestarian kesejahteraan mental, melalui kesan relaksasi dan ketenangan, pesanan dakwah dan keagamaan, kaitan spiritual dan psikologi, dan pengalaman kolaboratif dalam komuniti. Implikasi kajian ini memberikan landasan untuk penyelidikan lanjut dan pembangunan intervensi berasaskan seni lagu nasyid sebagai alternatif rawatan kesejahteraan mental individu secara berterusan.