Pengurusan Emosi Akibat Kehilangan Ahli Keluarga semasa Pandemik COVID-19

Emotional Management Due to the Loss of Family Member during the COVID-19 Pandemic

Authors

  • Marziana Akmal Abd Rahmah
  • Mohd Dahlan A. Malek

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpks.v6i1.5710

Keywords:

pengurusan emosi, kehilangan ahli keluarga, pandemik COVID-19, emotional management, loss of family member, COVID-19 pandemic

Abstract

Dunia telah dikejutkan dengan satu musibah yang besar iaitu pandemik COVID-19. Melalui statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 06 Januari 2021 seramai 125, 438 (3.59%) individu yang dijangkiti COVID-19 manakala seramai 513 individu yang menjadi korban kepada wabak ini. Manakala dunia pula telah mencatat lebih dari 42 juta kes di seluruh dunia dan angka kematian sehingga kini melebihi 1 juta orang. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar terutamanya kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Bahkan impaknya juga turut melibatkan aspek emosi setiap individu. Rentetan penularan wabak tersebut, bermula 18 Mac 2020, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelaksanaan PKP bertujuan untuk membuat penjarakan sosial agar dapat memutuskan rantaian wabak. Namun begitu, pelaksanan PKP tersebut telah menjejaskan emosi hampir keseluruhan rakyat kerana sepanjang tempoh PKP ada yang tinggal berseorangan ataupun jauh dari keluarga dan tidak dapat bertemu dengan keluarga dalam masa yang agak panjang sedangkan waktu begini sokongan sesama keluarga amat diperlukan. Emosi mereka terjejas apabila ada pula ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19, kematian akibat COVID-19 dan ahli keluarga tidak dapat menatap jenazah ahli keluarga mereka buat kali terakhir serta tidak dapat menguruskan pengebumian ahli keluarga yang meninggal akibat semasa (PKP). Perkara ini menambahkan lagi gangguan emosi mereka. Ini memerlukan pengurusan emosi yang efektif.

 

The world has been shocked by a major disaster, the COVID-19 pandemic. Through the statistics released by the Ministry of Health Malaysia until January 06, 2021, a total of 125 438 (3.59%) individuals were infected with COVID-19, while a total of 513 individuals became victims of this pandemic. In the meantime, the world has recorded more than 42 million cases worldwide, and the death toll has exceeded 1 million people. In Malaysia, the COVID-19 outbreak has had an enormous impact, especially on the country's political, economic, social, health, and education systems. The effect also involves the emotional aspects of each individual. Following the spread of the pandemic, starting March 18, 2020, the Malaysian government announced the implementation of the Movement Control Order (MCO). The implementation of MCO aimed to create social distancing to curb the spread of the COVID-19 pandemic. Nevertheless, the implementation of the MCO affected the emotions of almost everyone because throughout the MCO period, there were those who lived alone or far from their families and could not meet their families for a long time. In contrast, at this time, the support of family members was essential. Their emotions were affected when family members who were confirmed positive for COVID-19 died due to COVID-19, and family members could not look at the remains of their, they could not arrange the funeral of family members who died due to the MCO. This added to their emotional disturbance. This requires effective emotional management.

Author Biographies

Marziana Akmal Abd Rahmah

Universiti Malaysia Sabah

Mohd Dahlan A. Malek

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400  Kota Kinabalu, Sabah.

References

Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin Al Haadi Shafie, Zuraina Ali & Noor Dahiah Sulhana Dzainal. (2020). Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 5(12), 31–44.

Ahmad Nazri Mohd Yusoff (08 Mac 2016). Elak Sindrom sedih memanjang. Berita Harian Online dicapai 20 Januari, 2021. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/03/131734/

Berita Harian (2020). COVID-19 Cetus krisis kesihatan mental global –PBB. Capaian pada 16 Januari 2021 dari https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/05/688677/COVID-19-cetus-krisis-kesihatan-mental-global-pbb

Firdaus Abdul Ghani. (2020, Mac 14). Impak psikologi akibat wabak COVID-19. Astro Awani. Dicapai pada 20 Januari 2021 dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/

Khairunneezam, M. N. (2018, Julai 23). Kemurungan dan panduan Islam dalam menghadapinya. Dicapai dari https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-wordsms/kemurungan-dan-panduan-islam-dalammenghadapinya/

Mohd Dahlan A.Malek (2020). Perniagaan atas talian: dilema semasa pasca covid-19. Perubahan sosial psikologi di masa pendemik covid 19, Bandung, Indonesia.

Mohd Dahlan A. Malek (2019). Mental health and social work-the islamic perspective in Ow. R. & Abner P. (2019). Mental health-the islamic perspective. Social work and mental health. Palgrave Macmillan, Springer Nature

Pertubuhan Kesihatan. Sedunia (2020). Novel coronavirus (2019-nCoV): Situation report-1.Geneva: World Health Organization. https://www.who.int/docs/defaultsource/coronaviruse/situation-reports/20200121-sitrep-1-2019-ncov.pdf?sfvrsn

Risalah USIM. Dicapai pada 20 Januari 2021 dari https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-ourwordsms/kemurungan-dan-panduan-islam-dalammenghadapinya/

Published

2026-08-31

How to Cite

Marziana Akmal Abd Rahmah, & Mohd Dahlan A. Malek. (2026). Pengurusan Emosi Akibat Kehilangan Ahli Keluarga semasa Pandemik COVID-19: Emotional Management Due to the Loss of Family Member during the COVID-19 Pandemic. Jurnal Psikologi Dan Kesihatan Sosial, 6(1), 17 –. https://doi.org/10.51200/jpks.v6i1.5710
Total Views: 1 | Total Downloads: 1