Analisis Bibliometrik 30 tahun: Kajian Kesihatan Mental Dalam Kalangan Wanita di Asia Tenggara

Authors

  • Siti Halisa Binti Mustar Universiti Malaysia Sabah
  • Redzuansha Bin Sailun
  • Mohammad Ridzuan Bin Abdul Sahid
  • Amirhan Bin Tamsir
  • Najah Afina Mohd Harun
  • Razima Hanim Osman
  • Mohd Haazik Mohamed Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kesihatan mental adalah aspek penting dalam kesejahteraan individu, dan wanita sering menghadapi cabaran unik dalam bidang ini. Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki status kesihatan mental wanita di Asia Tenggara, dengan menumpukan kepada prevalens, faktor risiko, dan akses kepada rawatan. Metodologi kajian merangkumi analisis literatur dari pelbagai sumber termasuk jurnal akademik, laporan kesihatan awam, dan kajian lapangan di beberapa negara utama di rantau ini seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prevalens gangguan kesihatan mental dalam kalangan wanita di Asia Tenggara adalah tinggi, dengan masalah seperti kemurungan, kebimbangan, dan gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) menjadi yang paling umum. Faktor risiko yang dikenal pasti termasuk tekanan sosial, ekonomi, dan budaya, di samping faktor biologi dan genetik. Wanita di kawasan ini juga sering berdepan dengan stigma yang menghalang mereka daripada mencari bantuan dan rawatan yang diperlukan. Kajian ini menggunakan data yang diperolehi daripada pangkalan data scopus dengan menggunakan kaedah bibliometrik untuk menerangkan corak penerbitan berkenaan dengan kesihatan mental dalam kalangan wanita di Asia Tenggara dari tahun 1974 hingga 2024. Secara keseluruhannya, sebanyak 325 dokumen berkaitan dengan topik yang didapati berdasarkan penggunaan scopus. Amerika Syarikat mencatatkan pengeluaran dokumen yang tertinggi iaitu sebanyak 83 dokumen. Keyword: Kesihatan mental, wanita, Asia Tenggara, scopus, kaedah bibliometrik

Downloads

Published

2024-12-27

How to Cite

Mustar, S. H. ., Sailun, R. ., Bin Abdul Sahid, M. R. ., Tamsir, A. ., Mohd Harun, N. A. ., Osman, R. H. ., & Mohamed, M. H. . (2024). Analisis Bibliometrik 30 tahun: Kajian Kesihatan Mental Dalam Kalangan Wanita di Asia Tenggara. Jurnal Psikologi Dan Kesihatan Sosial, 8(1), 195–205. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JPKS/article/view/5886
Total Views: 26 | Total Downloads: 25