Persepsi Ibu Bapa terhadap Kes Buli di Sekolah: Satu Perbandingan antara Budaya Dusun dan Melayu

Authors

  • Hon Kai Yee Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7010

Abstract

Fenomena buli di sekolah merupakan sebuah isu sosial yang semakin mendapat perhatian sebagai satu permasalahan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam sistem pendidikan moden. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, perbezaan latar sosio-budaya ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan cara memahami, mentafsir dan menguruskan tingkah laku buli yang dialami anak-anak mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi ibu bapa terhadap kes buli di sekolah melalui perbandingan antara budaya Dusun dan Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perbezaan persepsi ibu bapa terhadap definisi serta bentuk-bentuk buli berdasarkan latar budaya Dusun dan Melayu, mengenal pasti perbezaan pendekatan penyelesaian yang diambil oleh ibubapa dalam menangani isu buli serta kebimbangan anak-anak dan meneroka cabaran utama yang dihidapi oleh ibu bapa dalam menguruskan kebimbangan anak-anak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui temu bual separa berstruktur yang mendalam dengan penglibatan ibu bapa daripada kedua-dua latar budaya tersebut. Analisis tematik telah digunakan untuk mengenal pasti tema-tema utama kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa daripada kedua-dua budaya mengiktiraf isu buli sebagai satu permasalahan yang serius. Namun demikian, terdapat juga perbezaan dari segi tahap toleransi terhadap tingkah laku buli serta pendekatan intervensi oleh ibubapa yang dianggap wajar berdasarkan latar budaya masing-masing. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan peranan faktor budaya yang signifikan dalam mempengaruhi persepsi ibu bapa terhadap kes buli di sekolah. Justeru itu, hal ini menuntut pendekatan dan pelaksanaan dasar pencegahan buli yang bersifat sensitif budaya.

Published

2025-12-10

How to Cite

Hon Kai Yee. (2025). Persepsi Ibu Bapa terhadap Kes Buli di Sekolah: Satu Perbandingan antara Budaya Dusun dan Melayu. Jurnal Psikologi Dan Kesihatan Sosial, 9(1), 10–21. https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7010
Total Views: 41 | Total Downloads: 29