Kepercayaan, Amalan dan Rutin Tidur Kanak-Kanak Umur 1 hingga 3 Tahun dalam Kalangan Ibu Bapa Budaya Bugis dan Bajau di Sabah

Authors

  • Hon Kai Yee Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7024

Abstract

Tidur merupakan keperluan asas yang penting dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, khususnya bagi kanak-kanak berumur antara satu hingga tiga tahun, kerana kualiti tidur yang baik berkait rapat dengan perkembangan fisiologi dan psikologi mereka. Kajian ini bertujuan untuk memahami secara holistik kepercayaan tradisional, pantang larang, dan amalan keibubapaan yang berkaitan secara langsung dengan pengurusan tidur kanak-kanak, di samping membuat perbandingan persamaan dan perbezaan rutin tidur harian berdasarkan latar budaya kedua-dua etnik. Selain itu, kajian ini turut meneliti bagaimana adat resam, nilai, dan amalan budaya spesifik membentuk serta mempengaruhi rutin tidur kanak-kanak dalam konteks berhadapan dengan cabaran gaya hidup moden masa kini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan melibatkan seramai empat orang responden ibu bapa daripada etnik Bugis dan Bajau bagi meneroka secara mendalam pengalaman serta amalan pengasuhan mereka. Hasil dapatan kajian terdapat tiga tema yang utama, iaitu 1) spiritual dan pantang larang waktu tidur, 2) aktiviti fizikal dan penyusuan dan 3) pengamalan lagu tradisi dan intervensi moden untuk strategi pengamalam rutin tidur yang konsisten. Tradisi ini, meskipun berdepan arus pemodenan, membuktikan bahawa kasih sayang ibu bapa sering kali diterjemahkan melalui bahasa budaya yang diwarisi secara turun-temurun. 

Published

2025-12-29

How to Cite

Hon Kai Yee. (2025). Kepercayaan, Amalan dan Rutin Tidur Kanak-Kanak Umur 1 hingga 3 Tahun dalam Kalangan Ibu Bapa Budaya Bugis dan Bajau di Sabah. Jurnal Psikologi Dan Kesihatan Sosial, 9(1), 27–31. https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7024
Total Views: 19 | Total Downloads: 11